HAnYa InSaN BiASa...

Salam ukhwah pengikat kasih... di mana bumi di pijak, di situ ISLAM ku junjung....

Lilypie Angel and Memorial tickers

CinTa SeOrAnG iSTeRi...


Perkenalan dengannya melalui kakak angkatku membuahkan bibit-bibit kemesraan antara aku dan dia. Ingin ku ceritakan kisah cintanya yang bagiku amat hebat sekali. Dia yang aku maksudkan ni adalah seorang wanita  berhati waja… simple sahaja orangnya. Butir bicaranya lembut dan elok sekali. Masih muda dan belum mencecah 30 tahun… Biarpun aku baru mengenalinya, aku dapat merasakan yang kami serasi bersama…..

Kisah cinta kakak ini sangat menyentuh hati. Baharu sahaja mengayam cinta di alam rumah tangga selama 4 bulan, suami yang dikasihi pergi di jemput Ilahi… Pedih dan sakitnya hanya Allah yang tahu… Sebagai seorang wanita, aku memahami perasaannya bila kehilangan insan yang sangat kita cintai…

Berdasarkan ceritanya dan kakak angkatku, arwah merupakan seorang lelaki yang sangat baik… Setiap masa dipergunakan sebaiknya bersama isteri tercinta. Kata-katanya penuh dengan nasihat, kelakar , romantic dan sangat menyayangi isterinya.. Segala kelengkapan rumah awal-awal disediakan olehnya agar nanti si isteri tidak bersusah payah. Dia hanya mahu meringankan kerja isteri dan bukan sebaliknya. Mereka mengemas rumah bersama-sama dan segalanya sangat  indah… Aku seakan-akan dapat membayangka kemesran mereka.. Namun, Allah lebih menyayangi  arwah dan orang yang baik selalunya akan cepat ‘diambil balik’…

Begitulah lumrah seorang wanita, sukar untuk mencari pengganti biarpun ada kumbang yang merayu… Bagi kakak itu, cintanya dan suaminya tetap kekal mewangi sampai bila-bila. Biarpun jasad suaminya tiada, namun roh suaminya tetap dimana-mana.. Setiap langkah dan jejak di dalam rumahnya mengamit kembali kenangan bersama suami tercinta. Semua itu tidak mungkin sewenanya dapat dilupuskan dari memori.

Aku kagum dengan cinta kakak itu.. Dia ingin berjumpa dengan suaminya di akhirat nanti. Baginya, cinta itulah yang sejati.. Teringat kisah cinta isteri arwah Ustaz Asri dan artikel dari Ustaz Zahazan.Ketabahan kakak itu dalam meneruskan hidup tanpa peneman disisi membuatkan aku menangis didalam hati. Mungkinkah aku miliki secekal ketabahan dari kakak itu? Mampukah aku untuk mejadi sepertinya? Mungkin iya… Wallahu’alam..

Kakak itu sentiasa mengingatkan aku tentang cinta. Cinta yang harus dikejar iaitu Cinta Ilahi… Dalam proses memperbaiki diri menjadi muslimah solehah, itulah harapanya… Doanya agar ingin segera menemui cinta bersama suaminya.

Bagi aku, tidak salah untuk kakak itu meneruskan angan – angannya kerana dia pastinya akan mendapat ganjaran di atas keredhaannya melepaskan suami pergi. Dia tiada pilihan kerana mahu tidak mahu, dia harus merelakannya. Siapalah kita untuk menahan qada’ dan qadarNya… Situasi ini berbeza dengan penceraian yag mana pasangan masih diberi pilihan unuk meneruskan  hubungan atau tidak….  Pastinya setiap yang berlaku ada hikmah yang tersembunyi….

Biarpun tidak sempat mengenali arwah suaminya, ku tahu bahawa beliau seorang yang sangat menjaga dari semua aspek. Cintanya pada sang isteri adalah yang abadi.. dan kerana itulah si isteri  tidak sanggup untuk memberikan cintanya pada jejaka lain. Setianya si isteri moga-moga dibalas  dengan kebahagiaan yang tiada berpenghujung….

Doaku semoga kakak ini diberikan kekuatan dalam menempuhi ranjau mendatang… Jua kepada kakak angkatku yang tersayang… Moga kebahagiaan menjadi milikmu…. Berdoa dan teruskan minta petunjuk dariNya..  Aku sayang kamu dan ingin melihat kamu bahagia….
 Moga aku juga nanti menemui cinta yang tulus suci dari insan bernama suami….. Aminnn..






2 comments:

Z_Jannati said...

mencintai tak semestinya memiliki ... mencintai tak semestinya mendapat balasan ... cintailah dengan sepenuh hati ... cinta sejati tidak mengharapkam apa -apa .. hidup bersama cinta itu demi mencapai keredhaan illahi ... siapalah kita untuk merebut cinta itu ... kiranya kudrathanya mampu berada di tahap itu ... sesungguhnya Allah sebaik-baik perancang ... miss u too my dear ;p

March 26, 2010 at 9:38 PM  
Z_Jannati said...

mencintai tak semestinya memiliki ... mencintai tak semestinya mendapat balasan ... cintailah dengan sepenuh hati ... cinta sejati tidak mengharapkam apa -apa .. hidup bersama cinta itu demi mencapai keredhaan illahi ... siapalah kita untuk merebut cinta itu ... kiranya kudrathanya mampu berada di tahap itu ... sesungguhnya Allah sebaik-baik perancang ... miss u too my dear ;p

March 26, 2010 at 9:38 PM