Alhamdulillah… syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izinNya aku masih lagi bernyawa di bumi ciptaanNya ni. Berbalik kepada aktiviti aku semasa cuti itu hari adelah jugak perkara yang berfaedah aku lakukan… Antaranya…
1) Pergi ke kebun abah kutip durian… uishh.. bukan main seronok time musim duyan nih… Alhamdulillah, banyakla jugak hasilnya. Betul cakap aboh, tak rugi sebenarnya kalau kita selalu bersedekah. Malah Allah akan sentiasa menambah rezeki kita. Moga ada berkatnya Amin….
-duyan bersembunyi. kena pandai-pandai carikla dalam semak samun tu...-
-langsatpun ade. bolah dipetik dengan jari jer..-
-agak dalam gakla alur sungai ni. adela takat betis..huahua..-
-pondok berehat. belum siap sepenuhnya lagi-
-haa... nilah hasilnya kutipan aku.. sempat lagi g kutip duyan sebelum berangkat ke uia paginya...-
2) Aku tolong mak dan abah aku memproses asam gelugor. Banyak giler sampai sakit tangan beta memotong buah tersebut. Huhu..
-setelah dijemur kering n sedia untuk dimasak-