HAnYa InSaN BiASa...

Salam ukhwah pengikat kasih... di mana bumi di pijak, di situ ISLAM ku junjung....

Lilypie Angel and Memorial tickers

Perlu ke Bersalam Dengan Bukan Muhrim?


Soalan itu pernah berlegar dibenakku suatu ketika dahulu… Dan semasa pembelajaran di kelas 2 minggu lepas,, pensyarahku bertanyakan soalan itu yang sama.. Waktu itu, kami sedang belajar subjek XYZ. Aku sangat teruja dengan persoalan tersebut. Pensyarahku mengatakan kita patut menyambut salam dari orang yang menghulurkan salam. Itu adalah sebagai tanda hormat kepada yang menghulurkan tangan tanpa ada langsung melibatkan perasaan. Hanya berjabat tangan… Aku terkesima dan terpaku seketika….


Tambah pensyarahkuku lagi, sebagai muslim yang menunaikan solat lima waktu sehari dan juga melakukan solat sunat lain, kita mohonlah keampunan dari Allah kerana telah menyentuh tangan bukan muhrim tadi…. Allah kan Maha Pemaaf… Itulah kata-katanya… Aku terkelu dan tidak tergerak untuk bertanya apatah lagi membangkang walaupun hati ini meronta2 untuk memprotes percakapannya... sedikit malu dan teragak-agak… itulah kelemahanku… Walaupun jauh disudut hatiku agak tidak berpuas hati dengan kata-katanya itu tetapi aku biarkan sahaja…. Aku akan mencari jawapannya…


Persoalannya, patutkah kita bersalam dengan orang yang bukan mahram? Contohnya ketika mendapat anugerah ataupun diwaktu darurat? Terdapat banyak pendapat dari kalangan ulama’ dan yang memberikan hujah mengenai masalah tersebut. Dan salah satunya adalah dari Dr. yusuf Al-Qadarawi yang mengatakan bahawa sekiranya berada dalam keadaan darurat, maka berjabat tangan adalah diharuskan tetapi perlulah tanpa diiringi nafsu.

Firman Allah;

"Dan perempuan-perempuan tua yang telah terhenti (dari haid dan mengandung) yang tiada ingin kawin (lagi), tiadalah atas mereka dosa menanggalkan pakaian mereka dengan tidak (bermaksud) menampakkan perhiasan, dan berlaku sopan adalah lebih baik bagi mereka. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Bijaksana”. (An-Nuur: 60)

Hadith Rasulullah sallahu 'alaihi wasallam:

Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda kepada wanita (yang hendak hijrah dan berbai'ah setelah diuji),

"Aku telah membai'ahmu secara lisan." Dan tidak, demi Allah, tangan Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam tidak menyentuh tangan wanita dalam bai'ah. Apa yang dibai'ahkan kepada mereka hanyalah perkataannya. (HR Bukhari)

Dari Abdillah bin Amru, bahawa Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam tidak menjabat tangan wanita dalam bai'ah (HR Ahmad).


Dalam situasi lain pula, sekiranya kita ditemuduga oleh kaum lelaki yang mungkin jua Cina, India ataupun Melayu yang tidak faham dengan hukum berjabat tangan, perlukah kita menggadaikan apa yang selama ini diajar oleh Al-Quran dan sunnah semata-mata demi kerana sebuah pekerjaan? Mungkin kadangkala kita tidak boleh mengelak dari perkara tersebut dan sekiranya kita bertaubat, InsyaAllah akan diampunkan dosa kita itu.. tetapi, andainya perkara itu berlaku pada tiap-tiap hari semasa kita bekerja, sempatkah kita memohon ampun dari Allah? Bagaimana jikalau kita tidak sempat memohon ampun daripada Allah? Nauzubillah... moga kita mati dengan mendaulatkan agamaNya...


Pendapat aku, dalam situasi ini, mungkin orang Islam itu sendiri yang salah kerana tidak cuba memahamkan orang bukan Islam mengenai suruhan agama kita yang mengharamkan persentuhan antara lelaki dan wanita. Apa yang sangat menyedihkan, berjabat tangan ataupun bersentuhan dikalangan lelaki dan wanita Melayu Islam dizaman sekarang seolah-olah sudah menjadi kebiasaan ataupun adat yang perlu diikut. Walaupun mereka sebenarnya tahu hukumnya, tetapi masih juga mengamalkan ‘budaya’ yang dikatakan sebagai adat tersebut.

Itulah penyakit orang kita sekarang. Seringkali kita lihat di kaca televisyen ataupun di dada akhbar pemimpin A ataupu wakil rakyat B bersalaman dengan rakyat walaupun mereka ini bukan muhrim. Siapa yang mencipta masalah sebenarnya? Jika orang Melayu yang mengaku Islam itu sendiri sukar untuk berubah, bagaimana untuk kita memahamkan orang bukan Islam?


Jawapannya ada pada diri kita sendiri….


Biasanya, selepas habis kelas tambahan, anak-anak muridku selaku adik- adik yang perempuan selalunya akan bersalaman denganku mesra. Kusenangi sikap mereka walaupun bermacam-macam latar belakang dan perangai yang kadangkala membuatku pening. Buat bising tu usah ceritalah. Suatu hari, seorang pelajar lelaki baru masuk didalam kelasku dan setelah habis pelajaran dan seperti biasa, pelajar perempuan berebut-rebut untuk bersalaman. Tiba-tiba, pelajar baru tadi datang menghampiriku lalu menghulurkan tangan.


Aku kaget seketika dan tersenyum padanya. Aku beritahu, “Maaflah adik, akak tak boleh bersalam dengan adik lalu kuserahkan buku nota padanya. Pelajar itu terus memahami maksudku lantas berkata, “Betullah kak. Saya minta maaf ye kak. Saya ingat takpe je kerana saya biasa sahaja buat begitu,” katanya jujur.


Alangkah moleknya jika seorang wanita itu memakai tudung yang agak labuh agar tudung itu dapat dijadikan kain pelapik ataupun dengan memakai lengan baju yang luas dengan memasukkan tangan ke dalam lengan baju sedikit dan terus bersalam secara berlapik. Kalau memakai sarung lengan lagilah bagus. Tarikkan sarung lengan anda melebihi jari dan bersalamlah jika lelaki yang menghulurkan salam. Janganlah kita pula yang terhegeh-hegeh menghulurkan tangan yang cantik itu… Itulah persediaan jika berlakunya situasi seperti diatas. mungkin banyak lagi caranya...


Itulah antara peristiwa yang pernah berlaku padaku mengenai tajuk ini. Kadangkala kita perlu memberi peringatan melalui perbuatan agar ianya tidak lagi berlaku pada masa lain. Kita diharuskan menyambut salam seorang lelaki ajnabi untuk menjaga air muka dan maruahnya tetapi mestilah dengan berlapik tanpa diiringi nafsu.


Aku yakin, adik itu pasti tidak akan menghulurkan tangannya lagi kerana sudah tahu reaksiku padanya. Jika kuhulur, pastinya perkara itu akan terus berulang dan menjadi ikutan pada kawan-kawan lelakinya yang lain. Sebagai tanda hormat untuk adat yang dijunjung tinggi. Benarkah? Boleh beri komen sikit? =p

Wanita Itu...

Aku mengenalinya sebelum memasuki tahun kedua di UIA… pertama kali bersua dengannya ialah ketika diajak oleh senior Comrade yang selalu menjenguknya. terselit sedikit kehairanan apabila tetamu yang datang ke rumah mengambil sendiri kunci melalui tingkap untuk membuka pintu rumah tersebut. Hatiku tertanya-tanya, bagaimanakah dua orang adik beradik yang lumpuh boleh hidup berdua sahaja didalam rumah di flat seri kedah, taman melati itu? siapakah yang menjaga dua adik beradik ini? Tiada anakkah atau adik beradik lainkah?

Pada ketika itu arwah Pak Long masih ada… beliau lumpuh keseluruhan badannya dan hanya tertiarap di katil sejak berpuluh tahun lamanya. Di bilik sebelah pula, wanita separuh abad (ateh nama panggilan) adiknya yang juga lumpuh separuh badan ke bawah…. Aku tidak dapat bayangkan bagaimana dua beradik itu menempuhi kehidupannya sehari- hari….

Mesti sukar… Kadangkala terpaksa mengharapkan belas ihsan saudara dan jiran tetangga agar datang membantu… hati ini, pilu, sebak dikala melihat kepayahan ateh yang kini berkeseorangan ditemani kucingnya sehari-hari setelah abangnya pergi mengadap Ilahi….

Ateh,
maafkan dya kerana sudah agak lama tidak menjengukmu…. Kadangkala diri ini merasa bersalah kerana tidak dapat menunaikan kewajipan padamu… tidak dapat menolongmu dikala memerlukan… Aku merinduimu….Kau ku anggap sebagai ibu biarpun dirimu tidak pernah melahirkan insan yang bernama seorang anak… dek kerana amanah yang harus dipikul, dya terpaksa melaksanakannya…. Tetapi ketahuilah bahawa di sudut hati ini, jiwaku merintih untuk menolongmu….

Maafkan dya… moga selepas ini dya akan sentiasa datang menjenguk ateh dan menolong ateh seperti dulu… bersama rakan-rakan seperti aisyah,kak ungku, atikah, jua sahabat-sahabat lain yang pernah menolongnya… terima kasih diucapkan pada semua yang telah menolong dan melayan kerenahnya… kita semua maklum dengan keletah ateh… wanita itu perlukan perhatian, bukan hanya simpati…

Kepada rakan-rakan yang berkelapangan, jenguklah wanita itu… walaupun hanya sekejap cuma… aku berpesan pada diriku, jua pada kalian… Semoga ateh terus sabar dan tabah dalam menghadapi dugaan yang maha hebat ini… ketahuilah bahawa Allah mengujimu kerana hanya kamu yang mampu menerima ujian ini…. Jika kamu redha, maka syurgalah tempatmu… salam sayang buat ateh…


Bagi sesiapa yang tidak pulang ke kampung atau tiada aktiviti yang akan dilakukan sepanjang 3 hari cuti bermula 6hb- 9hb Mac 2009, bolehla join Blogging Skill Workshop anjuran Quranic Youth Club (QYC) dengan kerjasama Enginius Society… Kepada yang baru berjinak-jinak untuk membuat blog, inilah masanya…. Di bengkel ini, peserta-peserta akan diajar bagaimana untuk menyampaikan blog secara efektif serta dapat menarik minat orang ramai… bagaimana meletakkan label yang berkesan untuk pencarian pembaca di google dan yahoo, peluang berniaga melalui internet. kita juga akan diajar mengenai penggunaan domain dah hosting walaupun tidak disediakan didalam pekej ini…. Speaker yang diundang juga merupakan blogger yang telah lama menjinakkan diri dalam bidang ini iaitu brother Azree Hanifiah. Beliau boleh dilawati di www.studiomuslim.com. Jadi, apa tunggu lagi? Jomla daftar sekarang….


Tautan CintaMu

Tuhanku,

Terima kasih diatas anugerah ini

Yang tak ternilai untukku ungkapkan…

Moga cahaya cinta ini takkan luntur

Dibawah naungan cintaMu…

Andainya kau kurniakan teman di dunia

Yang menjadi penawar duka nestapa

Memberikanku sedikit kebahagiaan

Dalam ikatan kasih suci

Yang diredhai olehMu

Membimbingku menjadi mukminah solehah

Untuk lebih dekat padaMu…

Wahai kekasihku…

Arrgh... Lambatnye Grad...

Itulah perkataan yang seringkali muncul dikalangan kawan-kawanku malahan aku sendiri… Saudara-mara malahan rakan-rakan yang bukan seuniversiti denganku seringkali bertanyakan “bila habis belajar?” “Kenapa lama sangat?” Aku kadangkala letih untuk menjawab soalan-soalan tersebut.. Kadangkala terasa juga dengan kata-kata tersebut tetapi aku pekakkan saja telinga dan menjawab soalan mereka tu…

Sememangnya pelajar UIA yang mengambil ijazah sarjana muda kebanyakannya menghabiskan masa 4 tahun sebelum grad tetapi ada juga yang menghabiskan 3 tahun ataupun 3 tahun setengah tapi jumlahnya agak kecil jika dibandingkan dengan yang menghabiskan selama 4 tahun… Kenapa ya?

Erm…. Salah satunyakerana terdapat banyak silibus course yang mesti diikuti oleh setiap pelajar di UIA seperti generic skill language dan juga elective course. Antaranya seperti tilawah, kursus bahasa, dan juga kelas mendalami agama seperti UNG ataupun Islamic courses (IRK). Kerana itulah pelajar-pelajar UIA kebanyakkannya menghabiskan masa selama 4 tahun berbanding universiti lain iaitu 3 tahun sahaja untuk kursus ijazah sarjana muda. Itu tidak termasuk bagi yang membuat double major atau double degree… lagila lama masanya… tetapi, demi segulung ijazah, semua itu harus ditolak ketepi…

Apakah kelebihannya?
Sebenarnya banyak sangat kelebihan yang dapat diambil sekiranya seseorang itu melihat dari sudut positif. Sejajar dengan firman Allah dalam surah Al-Alaq yang menyuruh kita menuntut ilmu dan juga hadith-hadith Rasulullah mengenai kepentingan berilmu. Nah, inilah masanya untuk kita berjuang dimedan ilmu…. Bukan hanya setakat ijazah, tetapi master, phD dan seterusnya….

“Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad”. Begitu mendalam sekali maksud hadith tersebut bagi ummat Islam yang seharusnya diambil berat. Selain itu, subjek-subjek core course yang diajar contohnya perubatan sememangnya di’islamization’kan menurut perspektif Islam dan bukan hanya terikat dengan subjek ‘western’ semata-mata. setiap satu-satu subjek diakhir coure outline akan ada islamic perspektif chapter yang mesti diajar oleh lecturer... Itulah antara kelebihanna yang sememangnya akan membantu para mahasiswa di masa hadapan. InsyaAllah….

Blog ini bukan mem’promote’ UIA tetapi sekadar meluahkan apa yang tersirat sejak sekian lama… Korang jangan salah tafsir pulak ek…. Dan yang paling penting kita hendaklah bersyukur kerana mendapat peluang untuk belajar di sini berbanding insan-insan di luar sana yang tidak berpeluang melanjutkan pelajaran… Syukur padaMu Ya Allah… Belajar dimana-manapun sama sahaja asalkan kita berusaha untuk mencapai kejayaan itu…. Ilmukan ada dimana-mana…. =p


Bagi aku, walaupun agak lama aku menapak di UiA ni semenjak dari matrik sampaila ke Gombak, aku takkan putus harapan.. 6 tahun beb.. bukan jangkamasa yang singkat.. kalau kerja lepas SPM, tentu dah berbillion-billion dapt kukumpul..hehe.. Biarlah apa orang nak kata, asalkan aku happy dengan hidupku... Bila dah di tahun ketiga, rasanya masa itu makin lama semakin pantas berlalu...

Di alam pekerjaan lain pula halnya.. Kata orang yang dah grad, bila mereka dah bekerja, mereka lebih seronok belajar dari bekerja kerana komitmentnya terlalu besar. Entahlah, aku tak tau nak komen coz aku belum penah bekerja... Kalau setakat part timer tu adalah.. huhu... Apepun, segala kenangan pahit dan manis yang ku hirup di taman ilmu dan budi ini harusku telan untuk kujadikan panduan hidup.. Perjuangan tetap kuteruskan... Hanya kita yang tahu siapa kita.. Betol tak? Wallahua'lam...


Pasrah segalanya –D’Hearty

Pernah hati ini terguris

Dengan fitnah tohmahan menghiris

Sehingga terasa diri ini hina

Kerana tiada siapa yang sudi membela


Kutabahkan hatiku harungi hidup

Biarpun tiada siapa yang menemani

Keseorangan aku di laluan sepi

Ditinggalkan mereka yang kupercayai…


Namunku tahu ada hikmahnya

Setiap segala yang menimpa diri

Ku serahkan segala padaMu Tuhan

Yang Berkuasa jua Mencipta

Kerana Engkau Maha Mengetahui

Segala apa yang terbuku di hati.


Ya Allah tidak kuberdaya lagi

Menahan dugaan yang mencabar ini

Terasa bagai duka telah ku temui

Mengakhiri segala yang telah kumulai


Ya Allah Engkau lindungilah aku

Bekalkanlah daku dengan limpahan iman

Agar tabahku menghadapi dugaan

Agar tidak ku berhenti dipertengahan…


Kini di sini aku berdiri

Bersama harapan yang tulus suci

Agar terbitlah kembali mentari pagi

Setelah malamku berkalut benci…


* Aku suka dengar lagu nasyid ni dan menghayati liriknya...

meaningful and related to myself sometimes...

moga ditabahkan hati dan dipermudahkan segala urusan..

Amin... =)