Artikel ini ditujukan khas buat semua insan yang bergelar wanita… Menjadi fitrah seorang wanita sekali dalam sebulan mereka akan mengalami haid ataupun menstrual period apabila tiba masanya. Kadangkala, kita sebagai wanita merasakan sedih kerana tidak dapat menjalani ibadah puasa sepenuhnya seperti para lelaki di luar sana….
Rasa tidak bersemangat, kecewa dan juga malu pada diri…. Mungkin…
Janganlah bersedih wahai wanita….
Sesungguhnya pahala kita adalah sama andainya kita redha dan ikhlas dengan segala nikmat yang dikurniakan Allah kepada kita…. Bukankah itu semua adalah lambang kasihnya Allah pada kita? Istimewanya kita sebagai wanita ciptaanNya… Alhamdulillah… Ketahuilah bahawa kita mampu mendapatkan pahala walaupun kita tidak dapat melaksanakan solat fardhu 5 kali sehari, membaca quran serta melaksanakan solat- solat sunat yang lain…
Dengan memperbanyakkan zikir, bacaan mathurat, memberi sedekah, infaq, menghadiri kuliah agama atau apa saja ibadah yang lainnya juga akan melayakkan kita untuk merebut pahala dariNya… Yakinlah wahai mujahidah sekalian bahawa amalan kita juga akan bertambah walaupun berada dalam kondisi ini..
Janganlah ada didalam fikiran kita merasakan bahwa apabila kita didatangi haid, maka Allah akan jauh dari kita….. Tidak sama sekali… Sebenarnya, kitalah yang menjauhiNya… Apa yang penting, kita mestilah rajin serta menjauhi sifat malas yang membelenggu diri di waktu itu… Ayuh tingkatkan amalan kita biarpun apa saja kondisi kita.. Sekadar peringatan kepada diri yang kadangkala lalai dan juga malas… moge- moge cepat berubah.. Aminnn… huhu… *_*