HAnYa InSaN BiASa...

Salam ukhwah pengikat kasih... di mana bumi di pijak, di situ ISLAM ku junjung....

Lilypie Angel and Memorial tickers

ExaM iS cOMinG!!!

Arrgghhh... Final exam tiba lagi... Bersediakah aku? Ermmm... kalo sekarang ni memang aku tak bersedia lagi.. Tuhan.. Berilah aku kekuatan... Lagi seminngu lagi nak melangkah ke alam final... Dak2 lain dah start dah.. paper aku je yg lambat.. berderet lak tuh.. adehh... Sabo jela... 

Maybe sebab jadual aku yg best tu menyebabkan aku bermalas malasan... Astagfirullah.... 
Banyaknya masa aku habiskan dengan perkara yang tak berfaedah... Salah satunye facebook... Adeh... menatang tu menyebabkan aku jadi bertambah malas....
Tuhan.. tolongi aku... Aku xmau terus begini....

Start esok aku mesti teruskan perjuangan aku... Carry Mark aku Alhamdulillah.. Yang penting sekarang aku kena focus on final pulak.... aku tulis ni coz nak motivate diri sendiri... Sabarlah hati.. Biar apapun dugaan yang mendatang, kau mesti tabah menghadapinya.... Lupakan dulu those 'annoying things'...

Cepat betul masa berlalu dan kini aku sudah melangkah ke final sem.... Tua dah aku ni ek.... Moga-moga hari yang mendatang menjanjikan kebahagiaan... Ya, hidup yang penuh cabaran tulah yang best.. Kalau tak mencabar, bukanlah namanya Khalifah di muka bumi nih.. huhuuu...

Moga kita semua berjaya dengan cemerlang dan beroleh redhaNya.. kepada yang mengenaliku... maafkan segala kesalahanku samada sengaja atau tidak.... Bittaufiq wannajah... Chaiyok2x!!!





CinTa SeOrAnG iSTeRi...


Perkenalan dengannya melalui kakak angkatku membuahkan bibit-bibit kemesraan antara aku dan dia. Ingin ku ceritakan kisah cintanya yang bagiku amat hebat sekali. Dia yang aku maksudkan ni adalah seorang wanita  berhati waja… simple sahaja orangnya. Butir bicaranya lembut dan elok sekali. Masih muda dan belum mencecah 30 tahun… Biarpun aku baru mengenalinya, aku dapat merasakan yang kami serasi bersama…..

Kisah cinta kakak ini sangat menyentuh hati. Baharu sahaja mengayam cinta di alam rumah tangga selama 4 bulan, suami yang dikasihi pergi di jemput Ilahi… Pedih dan sakitnya hanya Allah yang tahu… Sebagai seorang wanita, aku memahami perasaannya bila kehilangan insan yang sangat kita cintai…

Berdasarkan ceritanya dan kakak angkatku, arwah merupakan seorang lelaki yang sangat baik… Setiap masa dipergunakan sebaiknya bersama isteri tercinta. Kata-katanya penuh dengan nasihat, kelakar , romantic dan sangat menyayangi isterinya.. Segala kelengkapan rumah awal-awal disediakan olehnya agar nanti si isteri tidak bersusah payah. Dia hanya mahu meringankan kerja isteri dan bukan sebaliknya. Mereka mengemas rumah bersama-sama dan segalanya sangat  indah… Aku seakan-akan dapat membayangka kemesran mereka.. Namun, Allah lebih menyayangi  arwah dan orang yang baik selalunya akan cepat ‘diambil balik’…

Begitulah lumrah seorang wanita, sukar untuk mencari pengganti biarpun ada kumbang yang merayu… Bagi kakak itu, cintanya dan suaminya tetap kekal mewangi sampai bila-bila. Biarpun jasad suaminya tiada, namun roh suaminya tetap dimana-mana.. Setiap langkah dan jejak di dalam rumahnya mengamit kembali kenangan bersama suami tercinta. Semua itu tidak mungkin sewenanya dapat dilupuskan dari memori.

Aku kagum dengan cinta kakak itu.. Dia ingin berjumpa dengan suaminya di akhirat nanti. Baginya, cinta itulah yang sejati.. Teringat kisah cinta isteri arwah Ustaz Asri dan artikel dari Ustaz Zahazan.Ketabahan kakak itu dalam meneruskan hidup tanpa peneman disisi membuatkan aku menangis didalam hati. Mungkinkah aku miliki secekal ketabahan dari kakak itu? Mampukah aku untuk mejadi sepertinya? Mungkin iya… Wallahu’alam..

Kakak itu sentiasa mengingatkan aku tentang cinta. Cinta yang harus dikejar iaitu Cinta Ilahi… Dalam proses memperbaiki diri menjadi muslimah solehah, itulah harapanya… Doanya agar ingin segera menemui cinta bersama suaminya.

Bagi aku, tidak salah untuk kakak itu meneruskan angan – angannya kerana dia pastinya akan mendapat ganjaran di atas keredhaannya melepaskan suami pergi. Dia tiada pilihan kerana mahu tidak mahu, dia harus merelakannya. Siapalah kita untuk menahan qada’ dan qadarNya… Situasi ini berbeza dengan penceraian yag mana pasangan masih diberi pilihan unuk meneruskan  hubungan atau tidak….  Pastinya setiap yang berlaku ada hikmah yang tersembunyi….

Biarpun tidak sempat mengenali arwah suaminya, ku tahu bahawa beliau seorang yang sangat menjaga dari semua aspek. Cintanya pada sang isteri adalah yang abadi.. dan kerana itulah si isteri  tidak sanggup untuk memberikan cintanya pada jejaka lain. Setianya si isteri moga-moga dibalas  dengan kebahagiaan yang tiada berpenghujung….

Doaku semoga kakak ini diberikan kekuatan dalam menempuhi ranjau mendatang… Jua kepada kakak angkatku yang tersayang… Moga kebahagiaan menjadi milikmu…. Berdoa dan teruskan minta petunjuk dariNya..  Aku sayang kamu dan ingin melihat kamu bahagia….
 Moga aku juga nanti menemui cinta yang tulus suci dari insan bernama suami….. Aminnn..






Ku keliru....

Hidup ini....
Makin ku mencari makin ku keliru
Apakah yang terbaik buatku...
Tuhan tunjuki ku jalan menuju syurgaMu...
aku lemah...
Kurniakan aku kekuatan Ya Rabb...
Tiada dayaku melawan kehendakMu andai itu yang lebih baik buatku...
Moga suatu hari nanti, sang mentari indah bersama pelangi cantik
akan datang menemaniku di waktu ku dambakannya...
Terima kasih Ya Tuhan dia atas segala anugerahMu..
Ku takkan sesekali mengkufuri nikmat pemberianMu...
Maha Agungnya kau yang lebih mengetahui isi hatiku...
Apa yang terbaik untukku...

Ku mohon,
biar apapun yang terjadi,
tetapkanlah hatiku padaMu agar aku sentiasa
sedar bahawa aku adalah hambaMu yang hina...
Moga aku akan terus berada di jalanMu
Yang pastinya indah biarpun dikelilingi duri menyelusuri...
Terima Kasih Ya Allah!