HAnYa InSaN BiASa...

Salam ukhwah pengikat kasih... di mana bumi di pijak, di situ ISLAM ku junjung....

PeNaNTian BerBaLoi.... ^^

          Alhamdulillah.. setelah sekian lama menanti.. Akhirnya saya dan kawan-kawan KPLI Ambilan Januari 2011 sudah selamat mengetahui tempat posting masing2.. Dan saya? saya telah mendapat tawaran mengajar di KELANTAN, negeri Cik  Siti Wan Kembang.. hehee..

        Saya bersyukur, walaupun negeri yang diminta tidak berjaya, namun saya bersyukur ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Temalir, Kuala Krai. Perjalanan ke sana memakan masa yang agak lama. Kami dikehendaki melaporkan diri di JPN Kelantan. Saya dan keluarga menumpang di rumah mak cik ataupun lebih mesra dipanggil MG. Alhamdulillah.. segalanya berjalan lancar.

         Setelah makan tengahari, kami sekeluarga bertolak pada jam 2 petang menuju ke Kuala Krai. Sampai di simpang Kuala Krai menuju ke sekolah, saya menelefon Encik Wan Mohd Arif, Guru Besar sekolah. Beliau meminta saya menunggu di tepi jalan dan kami mengekori kereta wira beliau. Tidak lama kemudian, beliau berhenti di sebuah gerai dan mengajak kami minum-minum dahulu di gerai tersebut. Saya terkejut, dalam hati mengucapkan syukur dan gembira sangat atas kebaikan dan keramahan GB baru saya itu. Kami berbual bermacam-macam perkara dan GB banyak memberi nasihat dan tunju ajar kepada saya..

        Sampai sahaja di SKT jam lebih kurang 5 petang, GB terus membawa saya ke asrama sekolah. Beliau mengajak kami sekeluarga berehat-rehat sebentar usai magrib. Kalau ingin tidur disni lagi bagus katanya. Tapi ma (ibu) saya keberatan kerana risau abah seorang di rumah. Jadi kami membuat keputusan untuk berehat sebentar sahaja di bilik rawatan yang disediakan.  Selepas 20 minit kemudian, GB datang dengan membawa bku rekod untuk saya tandatangani sebagai Guru Baharu di SKT. Kami berbincang di bilik mesyuarat asrama. Alhamdulillah, saya nanti akan tinggal di asrama bersama guru baru, Farhana. Saya sangat bersyukur kerana dipermudahkan urusan pada hari itu.. Syukur sangat-sangat :)

         Kami sampai di rumah lebih kurang jam 11 malam. Alhamdulillah, saya dibenarkan cuti 2 bulan oleh doktor dan disahkan oleh GB sendiri... Alhamdulillah... ^^

MeMory KeLaMku

Waahhh... semakin best rasanya menulis disini.. agaknye sebab dah boring dengan fb kot (wat masa nila,kn).. =P Ermm.. what should i write ha?
       Hidup ini bagaikan roda... sekejap kita rasa kta dibawah n sekelip mata je dengan izin Allah, Dia menghadiahkan kita dengan sesuatu yang tidak disangka..Wat an amazed, rite?  Alangkah indahnya hidup ini bagi manusia yang sentiasa bersyukur dengan nikmatNya... "Maka nikmat tuhanmu yang manakah yang engkau lupakan?" (Surah Ar-Rahman).

      Maka dengan itu, saya sangat2 bersyukur kerana masih diberi peluang untuk terus bernyawa di bumi Allah ini... Andai tragedi hitam itu, Allah mengambil nyawa saya, alangkah ruginya saya kerna tidak sempat untuk memohon ampun pada kedua ibubapa saya... Allahu rabbi... ;(

      Masih terbayang-bayang di ruang ingatan saya mengenai tragedi tersebut.. Pada hari kejadian 24 November 2011 kereta abah yang dipandu rakan telah terbabas dan melanggar car board jalan.. Kereta abah saya remuk teruk dan saya telah mengalami patah di bahagian tumit kaki. Rakan saya pula hanya mengalami luka ringan. Saat itu, hanya Allah sahaja yang tahu bertapa takut dan cemasnya saya menghadapi detik itu. 

        Disaat itu, yang terbayang dalam kepala saya ialah wajah ma dan abah.. Rasa bersalah bertubi-tubi menghentam diri. Allah! apa yang telah saya lakukan? Walaupun saya bukan pemandunya, tapi menjaga kereta abah itu adalah amanah! Saya mengutuk diri.. Menyalahkan diri kerna cuai. Jika saya yang memandu kereta abah, mungkin kejadian ini tidak berlaku... 

        MasyaAllah! Allah itu sebenarnya igin menguji saya. Mungkin sebagai kaffarah dosa yang telah saya lakukan selama ini. Saya menginsafi diri. Islah diri mengenangkan dosa lalu. Allah masih sayangkan saya dan kerna itu Dia belum mengmbil nyawa saya. Syukur Ya Allah!

       Dan kerana kejadian itu juga, saya belajar banyak perkara mengenai pengorbanan, kesetiaan dan segalanya... Alhamdulillah...

~Buat Abah, maafkan anakanda mu ini.. InsyaAllah jika diberi peluang, anakanda akan menggantikan apa yang telah hilang dulu.. Kereta persona abah masih dibengkel. Abah cakap nak wat total lost je tapi entahla.. Abah rasa xsedap dah untuk pakai kereta yang accident teruk macam tu.. All that bcoz of my fault! ;(

p/s: nti saya upload pic kete tu.. huk3

          Subhanallah... Alhamdulillah... setelah sekian lama.. setahun setengah kot and  (dah nak masuk tahun 2012pun) saya baru nk update blog yang dah bersarang n sangat2 berhabuk nie...
Apapun, syukur ke hadrat ilahi kerna masih memberi peluang untuk saya mencurahkan sedikit sebanyak tentang kehidupan yang telah dilaui dan bakal dilalui...
          Rasanya,dalam  tempoh setahun lebih ini, terlalu banyak perkara yang telah dilalui samada bahagia mahupun sedih... Semua itu  adalah sebahagian dari lumrah kehidupan bagi setiap makhluk ciptaanNya. Apapun saya bersyukur kerna pengalaman yang lalu telah menguatkan diri ini untuk berada di tahap sekarang. Syukur Ya Allah... 
          InsyaAllah lepas ini saya akan merajinkan diri untuk mengupdate blog yang kusam ini agar tampak bercahaya cket.. hahaa.. cahayala sangat kan.. dah start dah nk melalut nie..
 Yela, coz from this time being, kerja saya ialah makan, tido, berintenet, tolong ma ckit (sangat limited.. ;(, nak tau nape? t i cite) n tengok tv.. tu jela.. yang solat n ngaji tu part len... ^^

P/s: saya rasa lebih selesa membahasakan "saya" wat masa sekarang tapi kalo rase nak tukar tu suka ati sayalah ye...
~Thank you Allah 4 ur bounties... ^^

HiLAnG fOCuS!!!

       Dalam bulan ni je, dah 2 kali aku hampir eksiden di jalanraya... Nak kata aku pandu laju, takdela laju sangat kot... Bese-bese je... tapi mungkin sebab aku hilang tumpuan ketika memandu sebagai puncanya... Alhamdulillah... Allah masih menyayangi  aku lagi... Kalau tak, takdela boleh aku post kat blog ni.. huhuuu...

       Kejadian pertama berlaku waktu kami dalam perjalanan ke Kota Bharu untuk menghadiri majlis pernikahan sepupuku, Jijie... Masa tu aku pandu dengan penuh hati-hati coz nilah kali pertama aku drive jauh... Abah lak duk kat seat sebelah... Kami konvoi dengan 2 buah lagi kereta abang dan kakakku (dah anak beranak ramai... xmuatle satu kete.. huhuu..). Dalam tengah syok memandu dengan fikiran yang menerawang entah kemana, ade sebuah lori besar (macam trailer kot panjang die) duk kat depan kami... Lembab giler lori nih... Aku dah kebohsanan...

      Sebelum tu ade gakla aku potong dua tiga buah kete yang lampi... hahaa... pastu, bile tengok line clear akupun motongle itu lori... Tibe-tibe aku kena hon dek lori tu... MasyaAllah! rupanya aku gi motong kat selekoh tajam.... Giler ah... lepas aku selamat je potong kete tu, terus bertalu-talu kereta dari arah yang bertentangan lalu... Ya Allah.. Tuhan je yang tau betapa kecutnye hati aku.... Abah kat sebelah terus bising dan dapatlah ceramah free time tu... Aku wat muka tak bersalah je.... Dalam hati, mengutuk diri sendiri coz terlalu cuai... Tak sedar yang aku bawak nyawa orang.. Orang yang aku sayang lak tu... huhuuu....
Kata abah, bersyukurlah kerana Allah telah melindungi kita dari bencana... Alhamdulillah, ku panjatkan kesyukuran padaNya kerana masih diberi kesempatan untuk bernafas... Syukur sangat-sangat... ;)

                                                   -pic ni sekadar selingan je... =P-
 Ku sangkakan itulah yang terakhir aku hampir kemalangan.. Rupenye tak jugak.. adehh... Kali kedua berlaku sewaktu aku dalam perjalanan pulang mengambil adikku dari Dungun. Yang ni takdelah dahsyat sangat... hehee... Time aku nak melintas jalan untuk masuk lorong rumah, aku da tengok jarak kereta dari arah sana macam clear je.. (macamla kan..) dan akupun melintasla lepas parking kete kat kedai topup. Tiba-tibe terdengar dua tiga buah kenderaan hon kat aku... Rupanya dekat sangat dah aku melintas tu... Fuh! seb baik tak kena langgar lagi.. Adik aku kat sebelah menjerit... Aku wat muka toye je... Ni sebab aku mengelamun lagi...
         Lepas je dua tiga hari kejadian berlaku, waktu aku tengah jemur kain. Ma aku yang baru balik dari surau tanya ada orang nampak aku ngah lintas jalan dengan cara yang merbahaya sekali.. Jiran akula tuh... dah aku pakai kete abah.. Mestila diorang kenal... Aku baru je nak senyap-senyap. Adehh.. kena ceramah lagi sekali... Aku wat muka kerang busuk jela.. Diam tanpa defend ape-ape.. Biasanya aku suke defend, tapi kali ni dah memang terang lagi tersuluh aku yang salah.. Jadi diam jela... huhuuu.... Menyesal tak sudah aku.....

     Yup. memang aku menyesal... aku tak tahu kenapa, sejak dua menjak ni fikiranku selalu berserabut... Emosi tak fasal-fasal... Padahal orang lainpun ada masalah jugak.... Tapi takdela macam aku nih.. sampai ma aku dah risau n belikan aku macam-macam ubat coz aku tak selera nak makan... Yelah, takut anak die ni tinggal tulang kot... hihhii.... tapi aku ok je... makan sekadarnya dahla.. bukan tak makan langsung,kan... Pada abah dan ma, anakanda minta ampun sangat-sangat kerana membuatkan ma dan abah risau... huhuu...

      Ermm... aku harap aku boleh terus kuat untuk meneruskan kehidupan ni... Moga segala kekusutan, segala masalah dan apa saja yang berlaku dapat aku tempuhi dengan cekal dan tabah... Ku mohon moga Allah kuatkan hati ni... InsyaAllah, lepas ni aku akan lebih hati-hati....tak kirala bawak kete ke, moto ke, beskal ke...  Doakan aku ek... ;)






Warna kehidupan

        Hidup ini penuh dengan warna- warni... Tak semua yang kita inginkan akan kita perolehi. Tetapi sebagai Muslim yang beriman kita seharusnya berusaha sedaya upaya agar segala impian yang kita impikan itu berjaya... Andai kita belum lagi memiliknya, itu tandanya Dia mahu menguji sejauh mana keimanan kita dan sejauh mana kita percaya pada qadar dan qada'nya....

     Apa yang penting, jangan kita berputus harap denganNya yang telah banyak memberikan kita nikmat melebihi apa yang kita pinta... Mungkin kita tidak sedar dengan kurniaanNya itu, tetapi bila kita kehilangannya barulah kita terasa akan betapa nikmatnya anugerah yang telah kita perolehi....

      Nasihat kepada diri sendiri yang kadangkala lalai dan leka dengan kenikmatan duniawi... Moga diri ini dijauhkan dari penyakit waham iaitu cintakan dunia dan takut mati....
"Ya Allah, kurniakanlah aku kesabaran dalam menharungi sisa-sisa hidup ini.... Janganlah Kau lekakan aku sesudah Kau berikan nikmat padaku.... 

Sabar itu indah, ujian itu tarbiyah"... =)

Keje owh keje...


Result final sudah keluar semalam. Alhamdulillah, aku kini dah bergelar graduan. Ku bersyukur walaupun ada yang aku target tak mengenai sasaran. Takpelah, semua tu ada hikmahnya…. Selepas ini, aku perlu focus pada pencarian kerja agar nanti ianya sedikit sebanyak dapat membantu ma dan abahku… Walaupun ku tahu, aku takkan mampu dapat membalas jasa mereka seumur hidupku….
Dua tiga hari lepas, aku menggantikan Kak Longku mengajar di Pusat Asuhan Tunas-Tunas Islam (PASTI). Mencabar juga mengajar budak-budak kecil ni. Dah lama aku tak mengajar dan bila diberi peluang begini, takkan ku lepaskan.. Macam-macam kerenah yang aku jumpa… Aku ditempatkan di kelas lima tahun. Ada yang mendengar kata dan tak kurang pula yang nakal. Tu belum kira nak ke tandas. Lepas sorang, sorang… Jenuh aku melayan mereka… Asyik kena menjerit je sampai dah naik serak suara ni.
Tapi aku seronok melayan kerenah mereka… Bila mereka bergaduh berebutkan sesuatu, akulah yang meleraikan mereka. Rotan buluh kena selalu di tangan. Kalau tak, memang mereka takkan dengar… Tambahan lagi waladun (pelajar lelaki) yang susah mendengar kata. Bintun (pelajar perempuan) takdelah seagresif pelajar lelaki…  Haish…. Macam-macam mereka ni… Mengajar kena tegas dan adakalanya perlu berlembut dengan mereka.. Keran itulah ilmu psikologi penting dan perlu dipelajari.
Bila tiba waktu makan, mereka semua membaca doa dan makan beramai-ramai di dalam dulang. Suatu yang istimewa di PASTI berbanding di tempat lain. Sangat terhibur melihat keletah mereka…
Ada seorang pelajar lelaki ni, Haikal tertidur di dalam kelas. Comelnya dia… dan aku biarkan saja dia tidur sampai kelas habis. Lagi setengah jam je lagi.. Tak sampai hati nak kejut. Letih sangat agaknya…
Lepas kelas, ku sambung pengajian Iqra’ bagi pelajar yang mengikuti pengajina tambahan… Tba-tiba…. Trittt.. Trittt…. Aku dapat panggilan dari Encik Ariffin mengenai kerja…  Nanti ku sambung cerita ni ya…. Tunggu…. =P
p/s: artikel ni sepatutnya dipost pd 21hb 4 tetapi disebabkan tenet yg lampi, maka baru skrg aku baru ingat nk upload... hehee

AkhirNya.....

Alhamdulillah.... Syukur akhirnya aku sudah menyempurnakan pengajian di UIAM.... Tapi secara tak formallah... Secara formalnya tunggu majlis konvo nantila... huhuuu...=P
Sesungguhnya terlalu banyak kenangan pahit dan manis sepanjang pengajianku selama 6 tahun ni... Ada suka, ada duka dan pastinya semua itu mematangkan aku untuk lebih berdikari di masa akan datang... Walaupun sudah habis belajar, proses pembelajaranku takkan pernah habis sampai ku menutup mata... Sampai bila-bila ku harus belajar utk menjadi manusia yg berguna...

Fuhh!! lepas ni, tangungjwabku makin berat... Aku perlu fikir tentang kerja, urusan keluarga, hal jemaah dan lain-lain lagi yang menjadi tanggungjawabku... Tu belum berumahtangga lagi... kalau tak, makin beratla bebanan yang harus dipikul... Namapun khalifah dan seharusnya, tanggungjawab yang diamanahkan itu perlulah dilaksanakan dengan baik..

Takut juga nak menghadapi masa hadapan... Kalau dulu, semuanya main tangkap muat je tapi sekarang tak bolehlah begitu kerana hari ini merupakan petunjuk pada hari esok... huhuu...
Apapun, aku harus melakukan dan merancang yang terbaik demi masa depanku dan keluarga tercinta... Rezeki itu datangnya dari Dia dan Dialah Yang Maha Pemberi Kurnia.... Semoga aku tidak terus leka dan hanyut dengan keseronokan dunia kerana aku ingin berada dijalan yang Engkau redhai Ya Allah....
Buat ma, abah dan kaum keluargaku, terima kasih kerana meyokong dan memberi semangat serta bantuan kewangan kepadaku... Jua kepada pensyarahku, serta rakan-rakan seperjuangan, insan yang bertahta di hati serta rumetku, thanks 4 everything!!! Jasa kalian hanya Allah yang bisa membalasnya... Barakallahu fikum....
~Moga masih ada sinar untukku... Aminn....