HAnYa InSaN BiASa...

Salam ukhwah pengikat kasih... di mana bumi di pijak, di situ ISLAM ku junjung....

Lilypie Angel and Memorial tickers

sAyOnARa 2009...

Tahun 1429 Hijrah hampir berlalu... Tidak lama lagi bermulalah tahun baru 1430 Hijrah iaitu pada 29 Disember 2008 ini yang hampir tiba juga tahun 2009 Mungkin ramai yang tidak kisah dengan tahun baru Islam berbanding tahun Gregory (Masihi) atau lebih senang dipanggil kelendar omputih… Mungkin kita kurang peka dan tidak ingin untuk mengambil tahu tentang kalendar Islam apatah lagi tarikh-tarikh penting dalam Islam. Moga ditahun baru ini kita semua akan lebih menghargai masa kerana ianya takkan mengundur tetapi akan terus berganjak hari demi hari. Dan semoga ditahun baru ini juga kita akan lebih matang seiring dengan peningkatan usia. Dosa-dosa tahun lalu hendaklah diinsafi bukannya ditambahi lagi. Semoga tahun 1430 Hijrah dan 2009 ini menjadi medan untuk kita meningkatkan lagi amalan kepadaNya bagi menjadi insan yang mulia disisiNya….

Tahun baru, mestilah semangat dan azampun baru, kan? Namun, dikalangan kita hanyalah berazam untuk menjadi lebih baik dari sebelumnya tetapi kurang berusaha untuk melaksanakannya… Pernahkah kita terfikir, adakah tahun baru ini kita akan lebih dekat dengan Allah dari tahun sebelumnya atau kita semakin jauh dari Rahmatnya? Nauzubillah… Moga kita semua akan terus istiqamah untuk menjadi mukmin soleh dan mukminah solehah… Amin… Sesunguhnya orang yang berfikir sedetik lebih baik dari orang yang tidak berfikir langsung… Walahua’lam….

SALAM MAAL HIJRAH DAN SELAMAT TAHUN BARU 2009… =P

keNdUrI kahwIN Di MuSiM sEkOLaH

Sepanjang cuti semester ni, aku sudah menghadri tiga kenduri majlis perkahwinan sahabat-sahabatku… sungguh meriah majlis mereka. Yang paling ku ingati, disalah satu majlis kenduri sahabatku, siap dihadiahkan aiskrim cone buat kanak-kanak kecil. Tetapi aku dan sahabat-sahabatkupun turut tibai sama.. haha… sungguh seronok mereka ya…

Tahniah buat kalian semua yang telah selamat mendirikan masjid. Moga pernikahan ini menjadi ward
ah perjuangan untuk kalian menjadi isteri yang solehah dalam menjalankan amanah yang dipertanggungjawabkan dengan sebaik mungkin.


Melafazkan akad dan mengadakan kenduri kahwin bukanlah semudah menjalankan tanggungjawab sebagai suami isteri kerana perkahwinan itu bukan untuk sehari dua, tetapi sampi ke hujung nyawa dan ke syurga. Banyak tanggungjawab yang harus dipikul oleh suami isteri dalam menjalankan amanah Allah itu. Mereka seharusnya bersedia dari segi mental dan fizikal sebelum melayari bahtera rumahtangga agar kebahagiaan duiawi dan ukhrawi tercapai…

Alangkah indahnya sesebuah rumahtangga itu andainya berteraskan shariah Islam. dan kerana itulah Islam mengkehendaki setiap pasangan itu menitikkan empat aspek utama dalam pemilihan pasangan iaitu beragama, cantik, berketurunan yang baik dan juga berharta.

Indahnya Islam itu…Namun, apa yang mengecewakan sekarang ialah manusia hanya mementingkan harta berbanding agama yang akhirnya memporak perandakan kehidupan mereka dan berakhir dengan pergolakan rumahtangga tersebut. Lihatlah setiap hari akhbar melaporkan mengenai kes penceraian dan masalah rumahtangga sebagai buktinya. Akibat dari tidak mengikut apa yang diajarkan Islam, manusia terus hanyut dibuai nafsu….

Kita mungkin biasa mendengar pepatah yang berbunyi;

Tak perlu mencari teman secantik Balqis andai diri tak sehebat Sulaiman. Mengapa mengharapkan teman setampan Yusuf andai kasih tak setulus Zulaikha. Tak perlu mangharapkan teman seteguh Ibrahim andai diri tidak sekuat Siti Hajar dan mengapa didambakan teman hidup bak Siti Khadijah kalau diri tak sesempurna Rasulullah."

Subhanallah…
Begitu indah perumpamaan tersebut yang membuatkan kita terfikir, layakkah kita mengimpikan pasangan yang soleh atau solehah andainya diri kita tidak soleh atau solehah? A think to ponder… =)

Suatu hari, aku pernah ditanya oleh seorang lelaki ketika dalam perjalanan untuk mengajar di suatu tempat. Hanya kelas peringkat rendah sekadar memenuhi masa terluangku sebagai seorang mahasiswi. Lelaki itu menayakanku mengenai surah al-baqarah ayat 256 yang bermaksud:

Tiada paksaan dalam menganut agama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali agama) yang teguh yang tidak akan putus. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui”...

Lelaki India Muslim itu memintaku menafsirkan ayat tersebut. Fikirku, mungkin mahu menguji sejauh mana ilmuku sebagai seorang mahasiswi universiti Islam… Aku kelu seketika. Lantas dengan sedikit ilmu yang ada aku menafsirkan mengikut apa yang aku fahami… dia lalu bertanyakan mengenai apakah pentingnya beragama bagi setiap manusia dan kenapa kita perlu beragama.


Aku tergamam seketika kerana agak mencabar soalannya. pada mulanya aku menjawab dalam konteks Islam itu sendiri tetapi dia tidak mahu jawapan yang spesifik tetapi mahukan jawapan yang general terhadap semua manusia yang berlainan agama yang memerlukan agama tidak kira Islam, Kristian, Buddha dan sebagainya… lalu aku menyatakan bahawa setiap agama megajarkan ummatnya kearah kedamaian dan kemakmuran.


Tiada suatu agamapun yang mengajak ummatnya berperang serta menimbulkan kekecohan diantara satu sama lain. Kerana itulah agama diperlukan untuk menyatukan manusia kerana manusia memerlukan ‘Tuan’ sebagai khalifah di muka bumi ini…

Kami saling berbalas hujah dan akhirnya dia menerima pendapatku… aku agak lega… walaubagaimanapun, aku tetap tidak puas hati kerana jawapanku tidaklah sehebat mana… terima kasih buat rakanku yang turut sama memberikan hujah.. Itu baru sesama muslim yang bertanya, bagaimana pula jika orang bukan Islam yang ingin mengetahui tentang Islam dan persoalan- persoalan yang mungkin kita tidak pernah terfikir mengenainya?


Moga diberi kekuatan dalam mempertahankan addinNya… tugas sebagai dai’e bukanlah semudah mengajar ABC. Kusedar bertapa perlunya mempunyai ilmu yang luas dalam mempertahankan hujah-hujah terutama mengenai Islam itu sendiri. Apabila seseorang itu berilmu dan mahir berkomunikasi, insyaAllah hujahnya tidak boleh disangkal lagi… makanya dia akan menjadi seorang yang hebat kelak. sebagai peringatan pada diri sendiri, belajar dan belajarlah sampai ke akhir usia agar dirimu tidak dihina dan dijatuhkan terutama bagi golongan yang membenci Islam…

A think to ponder… =)