HAnYa InSaN BiASa...

Salam ukhwah pengikat kasih... di mana bumi di pijak, di situ ISLAM ku junjung....

Lilypie Angel and Memorial tickers

iLmU vS huJJaH

Suatu hari, aku pernah ditanya oleh seorang lelaki ketika dalam perjalanan untuk mengajar di suatu tempat. Hanya kelas peringkat rendah sekadar memenuhi masa terluangku sebagai seorang mahasiswi. Lelaki itu menayakanku mengenai surah al-baqarah ayat 256 yang bermaksud:

Tiada paksaan dalam menganut agama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali agama) yang teguh yang tidak akan putus. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui”...

Lelaki India Muslim itu memintaku menafsirkan ayat tersebut. Fikirku, mungkin mahu menguji sejauh mana ilmuku sebagai seorang mahasiswi universiti Islam… Aku kelu seketika. Lantas dengan sedikit ilmu yang ada aku menafsirkan mengikut apa yang aku fahami… dia lalu bertanyakan mengenai apakah pentingnya beragama bagi setiap manusia dan kenapa kita perlu beragama.


Aku tergamam seketika kerana agak mencabar soalannya. pada mulanya aku menjawab dalam konteks Islam itu sendiri tetapi dia tidak mahu jawapan yang spesifik tetapi mahukan jawapan yang general terhadap semua manusia yang berlainan agama yang memerlukan agama tidak kira Islam, Kristian, Buddha dan sebagainya… lalu aku menyatakan bahawa setiap agama megajarkan ummatnya kearah kedamaian dan kemakmuran.


Tiada suatu agamapun yang mengajak ummatnya berperang serta menimbulkan kekecohan diantara satu sama lain. Kerana itulah agama diperlukan untuk menyatukan manusia kerana manusia memerlukan ‘Tuan’ sebagai khalifah di muka bumi ini…

Kami saling berbalas hujah dan akhirnya dia menerima pendapatku… aku agak lega… walaubagaimanapun, aku tetap tidak puas hati kerana jawapanku tidaklah sehebat mana… terima kasih buat rakanku yang turut sama memberikan hujah.. Itu baru sesama muslim yang bertanya, bagaimana pula jika orang bukan Islam yang ingin mengetahui tentang Islam dan persoalan- persoalan yang mungkin kita tidak pernah terfikir mengenainya?


Moga diberi kekuatan dalam mempertahankan addinNya… tugas sebagai dai’e bukanlah semudah mengajar ABC. Kusedar bertapa perlunya mempunyai ilmu yang luas dalam mempertahankan hujah-hujah terutama mengenai Islam itu sendiri. Apabila seseorang itu berilmu dan mahir berkomunikasi, insyaAllah hujahnya tidak boleh disangkal lagi… makanya dia akan menjadi seorang yang hebat kelak. sebagai peringatan pada diri sendiri, belajar dan belajarlah sampai ke akhir usia agar dirimu tidak dihina dan dijatuhkan terutama bagi golongan yang membenci Islam…

A think to ponder… =)

0 comments: