HAnYa InSaN BiASa...

Salam ukhwah pengikat kasih... di mana bumi di pijak, di situ ISLAM ku junjung....

Lilypie Angel and Memorial tickers

Keje owh keje...


Result final sudah keluar semalam. Alhamdulillah, aku kini dah bergelar graduan. Ku bersyukur walaupun ada yang aku target tak mengenai sasaran. Takpelah, semua tu ada hikmahnya…. Selepas ini, aku perlu focus pada pencarian kerja agar nanti ianya sedikit sebanyak dapat membantu ma dan abahku… Walaupun ku tahu, aku takkan mampu dapat membalas jasa mereka seumur hidupku….
Dua tiga hari lepas, aku menggantikan Kak Longku mengajar di Pusat Asuhan Tunas-Tunas Islam (PASTI). Mencabar juga mengajar budak-budak kecil ni. Dah lama aku tak mengajar dan bila diberi peluang begini, takkan ku lepaskan.. Macam-macam kerenah yang aku jumpa… Aku ditempatkan di kelas lima tahun. Ada yang mendengar kata dan tak kurang pula yang nakal. Tu belum kira nak ke tandas. Lepas sorang, sorang… Jenuh aku melayan mereka… Asyik kena menjerit je sampai dah naik serak suara ni.
Tapi aku seronok melayan kerenah mereka… Bila mereka bergaduh berebutkan sesuatu, akulah yang meleraikan mereka. Rotan buluh kena selalu di tangan. Kalau tak, memang mereka takkan dengar… Tambahan lagi waladun (pelajar lelaki) yang susah mendengar kata. Bintun (pelajar perempuan) takdelah seagresif pelajar lelaki…  Haish…. Macam-macam mereka ni… Mengajar kena tegas dan adakalanya perlu berlembut dengan mereka.. Keran itulah ilmu psikologi penting dan perlu dipelajari.
Bila tiba waktu makan, mereka semua membaca doa dan makan beramai-ramai di dalam dulang. Suatu yang istimewa di PASTI berbanding di tempat lain. Sangat terhibur melihat keletah mereka…
Ada seorang pelajar lelaki ni, Haikal tertidur di dalam kelas. Comelnya dia… dan aku biarkan saja dia tidur sampai kelas habis. Lagi setengah jam je lagi.. Tak sampai hati nak kejut. Letih sangat agaknya…
Lepas kelas, ku sambung pengajian Iqra’ bagi pelajar yang mengikuti pengajina tambahan… Tba-tiba…. Trittt.. Trittt…. Aku dapat panggilan dari Encik Ariffin mengenai kerja…  Nanti ku sambung cerita ni ya…. Tunggu…. =P
p/s: artikel ni sepatutnya dipost pd 21hb 4 tetapi disebabkan tenet yg lampi, maka baru skrg aku baru ingat nk upload... hehee

1 comments:

ABU IFFAH said...

Orang yang berjaya adalah mereka-mereka yang sabar untuk mengurangkan masa berhibur, masa untuk bersenang lenang...

Mukmin yang berjaya adalah mereka yang sabar dalam keta'atan, sabar dalam kema'siatan dan sabar dalam menerima ujian Allah...

Kesimpulannya, untuk berjaya di Dunia dan Akhirat perlukan SABAR yang amat tinggi(^_^)

June 14, 2010 at 8:26 PM