HAnYa InSaN BiASa...

Salam ukhwah pengikat kasih... di mana bumi di pijak, di situ ISLAM ku junjung....

Lilypie Angel and Memorial tickers

PeNaNTian BerBaLoi.... ^^

          Alhamdulillah.. setelah sekian lama menanti.. Akhirnya saya dan kawan-kawan KPLI Ambilan Januari 2011 sudah selamat mengetahui tempat posting masing2.. Dan saya? saya telah mendapat tawaran mengajar di KELANTAN, negeri Cik  Siti Wan Kembang.. hehee..

        Saya bersyukur, walaupun negeri yang diminta tidak berjaya, namun saya bersyukur ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Temalir, Kuala Krai. Perjalanan ke sana memakan masa yang agak lama. Kami dikehendaki melaporkan diri di JPN Kelantan. Saya dan keluarga menumpang di rumah mak cik ataupun lebih mesra dipanggil MG. Alhamdulillah.. segalanya berjalan lancar.

         Setelah makan tengahari, kami sekeluarga bertolak pada jam 2 petang menuju ke Kuala Krai. Sampai di simpang Kuala Krai menuju ke sekolah, saya menelefon Encik Wan Mohd Arif, Guru Besar sekolah. Beliau meminta saya menunggu di tepi jalan dan kami mengekori kereta wira beliau. Tidak lama kemudian, beliau berhenti di sebuah gerai dan mengajak kami minum-minum dahulu di gerai tersebut. Saya terkejut, dalam hati mengucapkan syukur dan gembira sangat atas kebaikan dan keramahan GB baru saya itu. Kami berbual bermacam-macam perkara dan GB banyak memberi nasihat dan tunju ajar kepada saya..

        Sampai sahaja di SKT jam lebih kurang 5 petang, GB terus membawa saya ke asrama sekolah. Beliau mengajak kami sekeluarga berehat-rehat sebentar usai magrib. Kalau ingin tidur disni lagi bagus katanya. Tapi ma (ibu) saya keberatan kerana risau abah seorang di rumah. Jadi kami membuat keputusan untuk berehat sebentar sahaja di bilik rawatan yang disediakan.  Selepas 20 minit kemudian, GB datang dengan membawa bku rekod untuk saya tandatangani sebagai Guru Baharu di SKT. Kami berbincang di bilik mesyuarat asrama. Alhamdulillah, saya nanti akan tinggal di asrama bersama guru baru, Farhana. Saya sangat bersyukur kerana dipermudahkan urusan pada hari itu.. Syukur sangat-sangat :)

         Kami sampai di rumah lebih kurang jam 11 malam. Alhamdulillah, saya dibenarkan cuti 2 bulan oleh doktor dan disahkan oleh GB sendiri... Alhamdulillah... ^^

0 comments: