HAnYa InSaN BiASa...

Salam ukhwah pengikat kasih... di mana bumi di pijak, di situ ISLAM ku junjung....

Lilypie Angel and Memorial tickers

CinTa SeOrAnG iSTeRi...


Perkenalan dengannya melalui kakak angkatku membuahkan bibit-bibit kemesraan antara aku dan dia. Ingin ku ceritakan kisah cintanya yang bagiku amat hebat sekali. Dia yang aku maksudkan ni adalah seorang wanita  berhati waja… simple sahaja orangnya. Butir bicaranya lembut dan elok sekali. Masih muda dan belum mencecah 30 tahun… Biarpun aku baru mengenalinya, aku dapat merasakan yang kami serasi bersama…..

Kisah cinta kakak ini sangat menyentuh hati. Baharu sahaja mengayam cinta di alam rumah tangga selama 4 bulan, suami yang dikasihi pergi di jemput Ilahi… Pedih dan sakitnya hanya Allah yang tahu… Sebagai seorang wanita, aku memahami perasaannya bila kehilangan insan yang sangat kita cintai…

Berdasarkan ceritanya dan kakak angkatku, arwah merupakan seorang lelaki yang sangat baik… Setiap masa dipergunakan sebaiknya bersama isteri tercinta. Kata-katanya penuh dengan nasihat, kelakar , romantic dan sangat menyayangi isterinya.. Segala kelengkapan rumah awal-awal disediakan olehnya agar nanti si isteri tidak bersusah payah. Dia hanya mahu meringankan kerja isteri dan bukan sebaliknya. Mereka mengemas rumah bersama-sama dan segalanya sangat  indah… Aku seakan-akan dapat membayangka kemesran mereka.. Namun, Allah lebih menyayangi  arwah dan orang yang baik selalunya akan cepat ‘diambil balik’…

Begitulah lumrah seorang wanita, sukar untuk mencari pengganti biarpun ada kumbang yang merayu… Bagi kakak itu, cintanya dan suaminya tetap kekal mewangi sampai bila-bila. Biarpun jasad suaminya tiada, namun roh suaminya tetap dimana-mana.. Setiap langkah dan jejak di dalam rumahnya mengamit kembali kenangan bersama suami tercinta. Semua itu tidak mungkin sewenanya dapat dilupuskan dari memori.

Aku kagum dengan cinta kakak itu.. Dia ingin berjumpa dengan suaminya di akhirat nanti. Baginya, cinta itulah yang sejati.. Teringat kisah cinta isteri arwah Ustaz Asri dan artikel dari Ustaz Zahazan.Ketabahan kakak itu dalam meneruskan hidup tanpa peneman disisi membuatkan aku menangis didalam hati. Mungkinkah aku miliki secekal ketabahan dari kakak itu? Mampukah aku untuk mejadi sepertinya? Mungkin iya… Wallahu’alam..

Kakak itu sentiasa mengingatkan aku tentang cinta. Cinta yang harus dikejar iaitu Cinta Ilahi… Dalam proses memperbaiki diri menjadi muslimah solehah, itulah harapanya… Doanya agar ingin segera menemui cinta bersama suaminya.

Bagi aku, tidak salah untuk kakak itu meneruskan angan – angannya kerana dia pastinya akan mendapat ganjaran di atas keredhaannya melepaskan suami pergi. Dia tiada pilihan kerana mahu tidak mahu, dia harus merelakannya. Siapalah kita untuk menahan qada’ dan qadarNya… Situasi ini berbeza dengan penceraian yag mana pasangan masih diberi pilihan unuk meneruskan  hubungan atau tidak….  Pastinya setiap yang berlaku ada hikmah yang tersembunyi….

Biarpun tidak sempat mengenali arwah suaminya, ku tahu bahawa beliau seorang yang sangat menjaga dari semua aspek. Cintanya pada sang isteri adalah yang abadi.. dan kerana itulah si isteri  tidak sanggup untuk memberikan cintanya pada jejaka lain. Setianya si isteri moga-moga dibalas  dengan kebahagiaan yang tiada berpenghujung….

Doaku semoga kakak ini diberikan kekuatan dalam menempuhi ranjau mendatang… Jua kepada kakak angkatku yang tersayang… Moga kebahagiaan menjadi milikmu…. Berdoa dan teruskan minta petunjuk dariNya..  Aku sayang kamu dan ingin melihat kamu bahagia….
 Moga aku juga nanti menemui cinta yang tulus suci dari insan bernama suami….. Aminnn..






Ku keliru....

Hidup ini....
Makin ku mencari makin ku keliru
Apakah yang terbaik buatku...
Tuhan tunjuki ku jalan menuju syurgaMu...
aku lemah...
Kurniakan aku kekuatan Ya Rabb...
Tiada dayaku melawan kehendakMu andai itu yang lebih baik buatku...
Moga suatu hari nanti, sang mentari indah bersama pelangi cantik
akan datang menemaniku di waktu ku dambakannya...
Terima kasih Ya Tuhan dia atas segala anugerahMu..
Ku takkan sesekali mengkufuri nikmat pemberianMu...
Maha Agungnya kau yang lebih mengetahui isi hatiku...
Apa yang terbaik untukku...

Ku mohon,
biar apapun yang terjadi,
tetapkanlah hatiku padaMu agar aku sentiasa
sedar bahawa aku adalah hambaMu yang hina...
Moga aku akan terus berada di jalanMu
Yang pastinya indah biarpun dikelilingi duri menyelusuri...
Terima Kasih Ya Allah!

Muncul Kembali....


Alhamdulillah… sekian lama menyepi… akhirnya saya muncul kembali menitipkan  sedikit pengisian di blog “Hanya Insan Biasa” ni… Rasanya dah terlalu lama blog ni sepi tanpa pengunjung… hehe… bukannya tidak rindu untuk menulis, cuma tidak dipost saja. Ntah kenapa, rasa kurang yakin untuk mengepost.. huhu…  Rindu sangat dengan blog ni sebenarnya.
Hmmm… pejam celik pejam celik, saya telah berada di semester akhir pengajian… Pantasnya masa berlalu…. Lepas ni dah nak grad dan bermulalah kehidupan yang lebih mencabar selepas itu….
Aiyokkk… mampukah diri ini menghadapinya… Sekarang ni boleh lagila nak main-main, bermalas-malasan dan mengadap laptop je(haha… pecah rahsiaku… huhu). Kehidupan akan datang?  Pastinya lebih sukar  dan banyak ranjau durinya… Apa yang paling penting adalah tugas sebagai khalifah di muka bumi ni… MasyaAllah… Banyak lagi yang harus diusahakan… Ramai lagi yang memerlukan bantuan kita….
~InsyaAllah lepas ni nak merajinkan diri untuk aktif kembali walaupun agak sibuk... heee~

Graduates UniVerSity oF RaMaDhaN

Bismillah...
Sudah 22 hari kita menjalani ibadah puasa. Ramadhan yang dinanti sudah hampir ke penghujung... Di saat inilah para mukmin berlumba-lumba untuk mendapatkan Lailatul Qadr... Malam yg penuh maghfirah dan keberkatan...
Ramadhan ini adalah yg terakhir bagiku sebelum menamatkan pengajian di taman ilmu dan budi ni...
Ya Allah... aku pasti rindukan Ramadhan disini....Rindukan suasana di sini... Mungkinkah masih ada sinar Ramadhan untukku di tahun hadapan? Aku tidak ketahui... Aku pasti rindukan semua ni...

 
-iftar beramai2 di level 1 IIUM mosque..-
-menghabiskan masa dengan bacaan Quran.. ^_^
 
-Alhamdulillah.. saf selalu penuh time tarawih. moga lepas nipn penuh sokmo...
- Part paling best pas teraweh, maen2 dengan budak2.. hoho..-
  
-Abdul Rahman, anak pak imam-
 -Baby Kak ayu, Rims yang comel.. ngap2-


p/s- Selamat pulang ke kampung halaman kpd semua yg berada di perantaun... Bagi sesiapa yang xhabis exam 2, sedar-sedarla.... (nasihat pada diri sendiri...huhu)

Ampun dan maaf dipinta diatas segala kekhilafan secara sengaja ataupun tidak..
EID MUBARAK! ^_^




wANiTa dan RaMaDhAN...


Artikel ini ditujukan khas buat semua insan yang bergelar wanita… Menjadi fitrah seorang wanita sekali dalam sebulan mereka akan mengalami haid ataupun menstrual period apabila tiba masanya. Kadangkala, kita sebagai wanita merasakan sedih kerana tidak dapat menjalani ibadah puasa sepenuhnya seperti para lelaki di luar sana….
Rasa tidak bersemangat, kecewa dan juga malu pada diri…. Mungkin…
Janganlah bersedih wahai wanita….
Sesungguhnya pahala kita adalah sama andainya kita redha dan ikhlas dengan segala nikmat yang dikurniakan Allah kepada kita…. Bukankah itu semua adalah lambang kasihnya Allah pada kita? Istimewanya kita sebagai wanita ciptaanNya… Alhamdulillah… Ketahuilah bahawa kita mampu mendapatkan pahala walaupun kita tidak dapat melaksanakan solat fardhu 5 kali sehari, membaca quran serta melaksanakan solat- solat sunat yang lain…
Dengan memperbanyakkan zikir, bacaan mathurat, memberi sedekah, infaq, menghadiri kuliah agama atau apa saja ibadah yang lainnya juga akan melayakkan kita untuk merebut pahala dariNya… Yakinlah wahai mujahidah sekalian bahawa amalan kita juga akan bertambah walaupun berada dalam kondisi ini..
Janganlah ada didalam fikiran kita merasakan bahwa apabila kita didatangi haid, maka Allah akan jauh dari kita….. Tidak sama sekali… Sebenarnya, kitalah yang menjauhiNya… Apa yang penting, kita mestilah rajin serta menjauhi sifat malas yang membelenggu diri di waktu itu… Ayuh tingkatkan amalan kita biarpun apa saja kondisi kita.. Sekadar peringatan kepada diri yang kadangkala lalai dan juga malas… moge- moge cepat berubah.. Aminnn… huhu… *_*







ExPLoRiNg ouRseLF...


saya bukanlah hebat untuk menulis... kadang2 idea tu ada tapi tak reti mengolah n jadilah cerita yang xbest untuk dibaca.. huhu... takpe2... belajarlah selagi ada masa,kan...

tak tau nak tulis ape coz out of idea ( seperti selalu..huhu) juz nk sharing 1 pengisian hebat yang saya n sahabat2 perjuangan semua pernah sertai b4 Ramadhan tempohari ~ Exploring Tarbiyyah (ET). Program ini adalah sempena menyambut kedatangan Ramadhan agar kami semua bersedia dari segi mental n fizikalnya.... moga kami terus kuat! Aiwah ya akhawat!!! =)
-usrah bersama sahabat2 n malamnya ada Fiqh Siyam dari Ustazah Anisah (UM)... malam itu semua persoalan mengenai puasa dapat dirungkaikan.. Alhamdulillah.... =)








AhLaN Ya RaMaDHaN.....

Sya'ban sudah melabuhkan tirainya... Esok, semua ummat Islam akan menyambut 1 Ramadhan yang penuh keberkatan....
Ya Allah, Limpahkanlah kurniaanMu di Bulan yang mulia ini... moga kita semua dapat menjalani ibadah dengan sebaik mungkin.... Let's improve our deeds! Mohon diampunkan andainya terdapat sebarang kekhilafan secara sengaja mahupun tidak... Ramadhan Kareem... =)