Aku bukanlah hebat dalam bermain kata-kata.. apatah lagi didalam bidang penulisan. Sudah lama aku tidak menulis walaupun keinginan itu ada. Namun, dek kerana pelbagai masalah dan kerja ditambah pula dengan sifat malas, aku pendamkan sahaja hasratku ini… jika ada kesempatan, aku akan menyumbang sedikit idea didalam blogku yang tak seberapa ini buat tatapan semua.
Blog multiply.comku yang dulu tidak berapa aktif lagi dan kini aku ingin menulisnya kembali dalam blog ini. Walaupun pada mulanya aku ingin menulisnya bermula pada tahun hadapan, tetapi memandangkan cuti semester yang agak panjang ini, eloklah kalau ku menulisnya di waktu kelapangan yang banyak. Betol tak? Hehe… Jika ada kesempatan lagi, aku akan mencoret apa-apa sahaja sebagai salah satu medium untuk mengekspresi apa yang berlaku pada ummat dan dunia kini sebagai pengajaran buat diriku dan semua untuk menjadi insan yang soleh dan bejiwa kental… InsyaAllah…
0 comments:
Post a Comment