HAnYa InSaN BiASa...

Salam ukhwah pengikat kasih... di mana bumi di pijak, di situ ISLAM ku junjung....

Lilypie Angel and Memorial tickers

Perlu ke Bersalam Dengan Bukan Muhrim?


Soalan itu pernah berlegar dibenakku suatu ketika dahulu… Dan semasa pembelajaran di kelas 2 minggu lepas,, pensyarahku bertanyakan soalan itu yang sama.. Waktu itu, kami sedang belajar subjek XYZ. Aku sangat teruja dengan persoalan tersebut. Pensyarahku mengatakan kita patut menyambut salam dari orang yang menghulurkan salam. Itu adalah sebagai tanda hormat kepada yang menghulurkan tangan tanpa ada langsung melibatkan perasaan. Hanya berjabat tangan… Aku terkesima dan terpaku seketika….


Tambah pensyarahkuku lagi, sebagai muslim yang menunaikan solat lima waktu sehari dan juga melakukan solat sunat lain, kita mohonlah keampunan dari Allah kerana telah menyentuh tangan bukan muhrim tadi…. Allah kan Maha Pemaaf… Itulah kata-katanya… Aku terkelu dan tidak tergerak untuk bertanya apatah lagi membangkang walaupun hati ini meronta2 untuk memprotes percakapannya... sedikit malu dan teragak-agak… itulah kelemahanku… Walaupun jauh disudut hatiku agak tidak berpuas hati dengan kata-katanya itu tetapi aku biarkan sahaja…. Aku akan mencari jawapannya…


Persoalannya, patutkah kita bersalam dengan orang yang bukan mahram? Contohnya ketika mendapat anugerah ataupun diwaktu darurat? Terdapat banyak pendapat dari kalangan ulama’ dan yang memberikan hujah mengenai masalah tersebut. Dan salah satunya adalah dari Dr. yusuf Al-Qadarawi yang mengatakan bahawa sekiranya berada dalam keadaan darurat, maka berjabat tangan adalah diharuskan tetapi perlulah tanpa diiringi nafsu.

Firman Allah;

"Dan perempuan-perempuan tua yang telah terhenti (dari haid dan mengandung) yang tiada ingin kawin (lagi), tiadalah atas mereka dosa menanggalkan pakaian mereka dengan tidak (bermaksud) menampakkan perhiasan, dan berlaku sopan adalah lebih baik bagi mereka. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Bijaksana”. (An-Nuur: 60)

Hadith Rasulullah sallahu 'alaihi wasallam:

Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda kepada wanita (yang hendak hijrah dan berbai'ah setelah diuji),

"Aku telah membai'ahmu secara lisan." Dan tidak, demi Allah, tangan Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam tidak menyentuh tangan wanita dalam bai'ah. Apa yang dibai'ahkan kepada mereka hanyalah perkataannya. (HR Bukhari)

Dari Abdillah bin Amru, bahawa Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam tidak menjabat tangan wanita dalam bai'ah (HR Ahmad).


Dalam situasi lain pula, sekiranya kita ditemuduga oleh kaum lelaki yang mungkin jua Cina, India ataupun Melayu yang tidak faham dengan hukum berjabat tangan, perlukah kita menggadaikan apa yang selama ini diajar oleh Al-Quran dan sunnah semata-mata demi kerana sebuah pekerjaan? Mungkin kadangkala kita tidak boleh mengelak dari perkara tersebut dan sekiranya kita bertaubat, InsyaAllah akan diampunkan dosa kita itu.. tetapi, andainya perkara itu berlaku pada tiap-tiap hari semasa kita bekerja, sempatkah kita memohon ampun dari Allah? Bagaimana jikalau kita tidak sempat memohon ampun daripada Allah? Nauzubillah... moga kita mati dengan mendaulatkan agamaNya...


Pendapat aku, dalam situasi ini, mungkin orang Islam itu sendiri yang salah kerana tidak cuba memahamkan orang bukan Islam mengenai suruhan agama kita yang mengharamkan persentuhan antara lelaki dan wanita. Apa yang sangat menyedihkan, berjabat tangan ataupun bersentuhan dikalangan lelaki dan wanita Melayu Islam dizaman sekarang seolah-olah sudah menjadi kebiasaan ataupun adat yang perlu diikut. Walaupun mereka sebenarnya tahu hukumnya, tetapi masih juga mengamalkan ‘budaya’ yang dikatakan sebagai adat tersebut.

Itulah penyakit orang kita sekarang. Seringkali kita lihat di kaca televisyen ataupun di dada akhbar pemimpin A ataupu wakil rakyat B bersalaman dengan rakyat walaupun mereka ini bukan muhrim. Siapa yang mencipta masalah sebenarnya? Jika orang Melayu yang mengaku Islam itu sendiri sukar untuk berubah, bagaimana untuk kita memahamkan orang bukan Islam?


Jawapannya ada pada diri kita sendiri….


Biasanya, selepas habis kelas tambahan, anak-anak muridku selaku adik- adik yang perempuan selalunya akan bersalaman denganku mesra. Kusenangi sikap mereka walaupun bermacam-macam latar belakang dan perangai yang kadangkala membuatku pening. Buat bising tu usah ceritalah. Suatu hari, seorang pelajar lelaki baru masuk didalam kelasku dan setelah habis pelajaran dan seperti biasa, pelajar perempuan berebut-rebut untuk bersalaman. Tiba-tiba, pelajar baru tadi datang menghampiriku lalu menghulurkan tangan.


Aku kaget seketika dan tersenyum padanya. Aku beritahu, “Maaflah adik, akak tak boleh bersalam dengan adik lalu kuserahkan buku nota padanya. Pelajar itu terus memahami maksudku lantas berkata, “Betullah kak. Saya minta maaf ye kak. Saya ingat takpe je kerana saya biasa sahaja buat begitu,” katanya jujur.


Alangkah moleknya jika seorang wanita itu memakai tudung yang agak labuh agar tudung itu dapat dijadikan kain pelapik ataupun dengan memakai lengan baju yang luas dengan memasukkan tangan ke dalam lengan baju sedikit dan terus bersalam secara berlapik. Kalau memakai sarung lengan lagilah bagus. Tarikkan sarung lengan anda melebihi jari dan bersalamlah jika lelaki yang menghulurkan salam. Janganlah kita pula yang terhegeh-hegeh menghulurkan tangan yang cantik itu… Itulah persediaan jika berlakunya situasi seperti diatas. mungkin banyak lagi caranya...


Itulah antara peristiwa yang pernah berlaku padaku mengenai tajuk ini. Kadangkala kita perlu memberi peringatan melalui perbuatan agar ianya tidak lagi berlaku pada masa lain. Kita diharuskan menyambut salam seorang lelaki ajnabi untuk menjaga air muka dan maruahnya tetapi mestilah dengan berlapik tanpa diiringi nafsu.


Aku yakin, adik itu pasti tidak akan menghulurkan tangannya lagi kerana sudah tahu reaksiku padanya. Jika kuhulur, pastinya perkara itu akan terus berulang dan menjadi ikutan pada kawan-kawan lelakinya yang lain. Sebagai tanda hormat untuk adat yang dijunjung tinggi. Benarkah? Boleh beri komen sikit? =p

6 comments:

btoi2,sekarang kebanyakkan perkara sumenye menjadi adat hatta dalm pertunangan sekalipun.berbalik soal bersalaman lelaki+perempuan pun dianggap adat.manusia tidak berfikir pasal hukum.hukum Allah ditolak ke tepi,itulah hakikatnya pada zaman sekarang.sesetengah orang berpendapat mereka rasa seperti kurang ajar kalau tidak bersalaman apabila lelaki menghulurkan tangan untuk bersalam..ana rase kita bukan dianggap berkurang ajar malah lagi sopan bcoz kita masih berpegang dengan hukum Allah:)

March 8, 2009 at 3:22 AM  
NuRDiEyA said...

salam QurratulAin... terima kasih diatas komennya... ya, bersetuju dgn pandapat sahabat ana ni..hehe...
orang Islam sekarang hanya mementingkan adat sedangkan perihal agama ditolak ketepi... kerana itulah ummat islam kini lemah apabila hanya memandiang tinggi pada adat agar tidak luntur biarpun Islamnya semakin pudar...

March 8, 2009 at 3:45 AM  
al-misk said...

salam.. bagus entry dieya ni.. saya pun terkejut kenapa jadi begitu..org yg intelektual pun boleh tersungkur..

March 13, 2009 at 6:28 AM  
NuRDiEyA said...

wslm wardatun... yup.. mmg skar nk ubah persepsi masyarakat sekarang..
tadipun ada budak baru nak salam tapi dya wat cam biasala... memang agak mencabar cket tapi kita kena kuatla... dats y perlu didikan dari awal agar anak-anak tau apa yang boleh dan tak boleh...susah-susah... huhu...

March 13, 2009 at 8:37 AM  
Awan Biru said...

salam.bagus artikel kak dieya ni.. saya pun terkejut kenapa jadi begitu..lecturer yg intelektual pun boleh kate mcm tu..tp mcm akak ckp..pemimpin sendiri x jadi qudwah hasanah utk rakyat..ini lh kesan untk org islam..

March 13, 2009 at 9:44 AM  
NuRDiEyA said...

salam... kyat,yup... agree wif u awan biru... kalo pemimpin xmjdi contoh pada rakyat, susahla nk mjdi negara yg mpraktikkan ajaran Islam... tq ya...

April 16, 2009 at 10:39 AM