HAnYa InSaN BiASa...

Salam ukhwah pengikat kasih... di mana bumi di pijak, di situ ISLAM ku junjung....

Lilypie Angel and Memorial tickers

Wanita Itu...

Aku mengenalinya sebelum memasuki tahun kedua di UIA… pertama kali bersua dengannya ialah ketika diajak oleh senior Comrade yang selalu menjenguknya. terselit sedikit kehairanan apabila tetamu yang datang ke rumah mengambil sendiri kunci melalui tingkap untuk membuka pintu rumah tersebut. Hatiku tertanya-tanya, bagaimanakah dua orang adik beradik yang lumpuh boleh hidup berdua sahaja didalam rumah di flat seri kedah, taman melati itu? siapakah yang menjaga dua adik beradik ini? Tiada anakkah atau adik beradik lainkah?

Pada ketika itu arwah Pak Long masih ada… beliau lumpuh keseluruhan badannya dan hanya tertiarap di katil sejak berpuluh tahun lamanya. Di bilik sebelah pula, wanita separuh abad (ateh nama panggilan) adiknya yang juga lumpuh separuh badan ke bawah…. Aku tidak dapat bayangkan bagaimana dua beradik itu menempuhi kehidupannya sehari- hari….

Mesti sukar… Kadangkala terpaksa mengharapkan belas ihsan saudara dan jiran tetangga agar datang membantu… hati ini, pilu, sebak dikala melihat kepayahan ateh yang kini berkeseorangan ditemani kucingnya sehari-hari setelah abangnya pergi mengadap Ilahi….

Ateh,
maafkan dya kerana sudah agak lama tidak menjengukmu…. Kadangkala diri ini merasa bersalah kerana tidak dapat menunaikan kewajipan padamu… tidak dapat menolongmu dikala memerlukan… Aku merinduimu….Kau ku anggap sebagai ibu biarpun dirimu tidak pernah melahirkan insan yang bernama seorang anak… dek kerana amanah yang harus dipikul, dya terpaksa melaksanakannya…. Tetapi ketahuilah bahawa di sudut hati ini, jiwaku merintih untuk menolongmu….

Maafkan dya… moga selepas ini dya akan sentiasa datang menjenguk ateh dan menolong ateh seperti dulu… bersama rakan-rakan seperti aisyah,kak ungku, atikah, jua sahabat-sahabat lain yang pernah menolongnya… terima kasih diucapkan pada semua yang telah menolong dan melayan kerenahnya… kita semua maklum dengan keletah ateh… wanita itu perlukan perhatian, bukan hanya simpati…

Kepada rakan-rakan yang berkelapangan, jenguklah wanita itu… walaupun hanya sekejap cuma… aku berpesan pada diriku, jua pada kalian… Semoga ateh terus sabar dan tabah dalam menghadapi dugaan yang maha hebat ini… ketahuilah bahawa Allah mengujimu kerana hanya kamu yang mampu menerima ujian ini…. Jika kamu redha, maka syurgalah tempatmu… salam sayang buat ateh…

0 comments: