HAnYa InSaN BiASa...

Salam ukhwah pengikat kasih... di mana bumi di pijak, di situ ISLAM ku junjung....

Lilypie Angel and Memorial tickers

sAmBuTaN MauLiDuRRaSuL Di UIAM


Alhamdulillah, pada 12 Rabiulawal 1430H iaitu semalam, seluruh ummat Islam di dunia telah merayakan sambutan Maulidur Rasul, khatimul anbiya’...

Walaupun kita semua tidak pernah menemui Rasulullah yang begitu banyak berjasa pada Islam, namun kita seharusnya bersyukur kerana apa yang diajarkan baginda S.A.W masih lagi kekal hingga ke hari ini… Semua itu bergantung pada diri kita samaada untuk mengamalkan apa yang disuruh baginda ataupun tidak. Rasulullah SAW bersabda;

"Aku tinggalkan kamu dua perkara iaitu QUran dan sunnahku"...Tepuk dada, tanyalah imanmu….


Sumbangan terbesar baginda tidak akan mungkin terbalas oleh sesiapa melainkan hanya dari Allahlah yang Maha Membalas segala budi yang ditaburi baginda.

Selawat dan salam buat Rasul junjungan serta keluarga baginda… Moga disyafaatkan di akhirat kelak…Ya Rasulullah.. Sesungguhnya kami merinduimu… Masih adakah peluang untuk menemuimu di akhirat nanti?


Isnin bersamaan 12 rabiul Awal 1430, buat julung kalinya warga kampus UIAM mewakili mahallah (hostel) masing-masing telah mengadakan perarakan sempena sambutan Maulidur rasul. Sambutan yang diberikan amatlah menggalakkan. Lebih kurang tiga ratus orang pelajar yang telah menjayakan perarakan ini.


Aku juga tidak ketinggalan untuk turut serta dalam perarakan ini. Walaupun hujan rintik-rintik membasahi bumi UIAM peserta semua tidak kisah untuk berarak lebih kurang tiga kilometer mengililingi kampus UIAM. jauh gak tuh... nampak je dekat tapi kami berarak hampir satu jam ke last destnasi, mahallah Maryam.


Acara tamat lebih kurang

jam 2 petang. Tahniah diucapkan kepada Mahallah Maryam kerana telah menjadi tuan rumah bagi acara ini…

Satu pengalaman yang amat menarik walaupun aku tidak sempat mengikuti keseluruhan tentative program… hehe…


SALAM MAULIDUR RASUL BUAT SEMUA…. MOGA ISLAM AKAN TERUS UNGGUL DI MATA DUNIA…. =)

0 comments: