HAnYa InSaN BiASa...

Salam ukhwah pengikat kasih... di mana bumi di pijak, di situ ISLAM ku junjung....

Lilypie Angel and Memorial tickers

BuDi BaHAsA NiLaI pEriBaDi...

Kelas XXXX hari ini berlalu dengan seribu kenangan. Aku sangat malu dengan kejadian yang bagiku amat tidak wajar berlaku di taman ilmu dan budi ini. Macam biasa, pengajaran hari itu adalah berkenaan dengan APA (American Psyhological Association) style.


Pensyarah memberikan syarahan bagaimana format yang harus diikut dalam term paper kerana kami dikehendaki membuat thesis berkisarkan kulliyyah based. Sebelum ni memang aku dah biasa dengan APA format tetapi kali ni, ianya lebih detail dan setiap satu tanda akan dikira.jadi kami kenalah lebih berhati-hati agar markah tidak dipotong.


Alkisahnya, pensyarah memberitahu mengenai format yang tiada tahun (no date) yang mesti ditulis seperti n.d didalam APA style tetapi aku pulak menanyakan bagaimana pula dengan no year. Suaraku hamper tidak kedengaran kerana sangat perlahan.Tiba-tiba terkeluar dari mulut pensyarahku “Apesalla bengap sangat. No year and no date is the same! bla...bla....”


Saat itu, hanya Allah saja yang tahu bertapa malunya aku. Rasa mahu keluar saja dari kelas itu.Kelas yang biasanya bising, sepi seketika. Begitu juga dengan pelajar lelaki yang ramai ketika itu. Semuanya diam tak terkata apa. Terkejut.


Ya Allah, sabarlah wahai hati… walaupun ku tahu pensyarahku ini memang jenis yang cakap lepas. Mungkin silapku juga kerana tanya soalan yang agak ‘bijak’. Huhu… malunya aku….

Ah tak kisahlah, lepas ni aku kena berhati-hati bila berkata-kata. aku tahu guruku ini jenis yang cakap lepas. Itulah pengajaran terbesar yang aku dapat. Aku tidak mahu memburukkan sesiapa kerana setiap orang ada kelebihan dan kekurangan masing-masing.


Cumanya, sebagai seorang pendidik apatah lagi beragama Islam, seharusnya penggunaan bahasa yang baik amatlah wajar dalam menyampaikan sesuatu. Begitu juga dengan seorang pendakwah mestilah mempunyai sikap berhemah dan berhikmah kerana dengan perkataan yang lembut akan membuatkan orang tertarik dengan kita.


KATA-KATA ITU DOA


Perkataan itu adalah doa. Jika kita selalu mengucapkan sesuatu yang baik, maka doa itulah yang seringkali kita pohonkan. Wahai guru diluar sana, berhemahlah kamu kerana kamu adalah warga pendidik dan juaga contoh kepada pelajarmu.


Budi bahasa budaya kita- Peribahasa yang biasa kita dengar sehari-hari di kaca televisyen mahupun akhbar. Namun, berapa ramaikah kita yang menjadikan budaya yang sopan sebagai pelengkap peribadi? Malu rasanya bila segolongan ummat Islam yang tidak menggunakan nikmat yang diberi kearah kebaikan.


Firman Allah yang bermaksud: “Serulah ke jalan Tuhanmu dengan hikmah dan memberi peringatan yang baik dan berhujahlah dengan mereka melalui kata-kata yang baik.” (al-Nahl: 125)

Wahai orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan berkatakanlah dengan kata-kata yang tepat.”

(al-Ahzab: 70)


Indahnya peribadi yang ditunjukkn Rasulullah sehinggakan beliau dikenali diseluruh dunia dari dahulu hingga selamanya. Subhanallah, moga kita semua menjadikan sunnah kekasih Allah sebagai ikutan sepanjang zaman. Sebagai peringatan untuk diri yang juga pendidik kepada anak bangsa…. T_T

2 comments:

Sabarlah wahai adik ku...

Tu adalah ujian, untuk menguji hamba2Nya.. walaupun hanya kata2, tapi ia mampu membuat manusia membalas dengan apa sahaja jika tidak dilindungi dgn iman dan taqwa..

Yg penting kita jaga akhlaq kita dari semua aspek, pkataan, plakuan, tindakan dan sebagainya..

k, my dear..

Kuatkn semangat..! n doakn akk jugak tau!

May 22, 2009 at 7:13 PM  
NuRDiEyA said...

salam... syukran ya ukhti... 2 smua dugaan untuk kita dlm mhadapi liku2 hidup.... insyaAllah, selagi ada Allah kita kenalah redha.... apelah nk dbandingkn dgn ujian para rasul dalam myampaikan dakwah mereka, rite... =)

May 25, 2009 at 9:55 AM