HAnYa InSaN BiASa...

Salam ukhwah pengikat kasih... di mana bumi di pijak, di situ ISLAM ku junjung....

HaRi IBu....

source: http://www.flickr.com/photos/macaroniandglue/2408250316/

Sudah lama aku tidak mengupdate blog lantaran begitu banyak tanggungjawab yang harus dipikul… Diri ini kadangkala terlalu berat untuk berdiri… Ya Allah, kurniakanlah kesabaran dan ketabahan padaku dan jua kepada orang yang kusayangi… Robbana 'atina min ladunka rohmatan wahayyi'lana min amrina roshadaa… amin...


Esok, 10 Mei 2009 adalah HARI IBU… walaupun sebenarnya kita tidak perlu menunggu tibanya Hari Ibu untuk mengucapkan pada bonda tersayang, sekurang- kurangnya hari ini kita semua yang bergelar anak wajarlah untuk mengekspresi kasih sayang kita buat seorang insan yang bergelar ibu….Biarpun melalui perkataan ataupun perbuatan samada tersirat atau tersurat…


Buat bondaku yang tersayang, terima kasih diatas kasih sayangmu selama ini…. Jasa dan pengorbananmu tidak dapat kubalas… ampunkan segala kenakalan dan kekhilafan anakmu selama ini…. Tiada kata yang dapat ku ungkapkan melainkan…. Nadiah sayang ma… sayang sangat-sangat!!! kat abohpn sayang jugak! (“,)


SELAMAT HARI IBU KEPADA SEMUA YANG BERGELAR IBU...