Posted by
NuRDiEyA
Wednesday, January 18, 2012
comments (0)
Alhamdulillah.. setelah sekian lama menanti.. Akhirnya saya dan kawan-kawan KPLI Ambilan Januari 2011 sudah selamat mengetahui tempat posting masing2.. Dan saya? saya telah mendapat tawaran mengajar di KELANTAN, negeri Cik Siti Wan Kembang.. hehee..
Saya bersyukur, walaupun negeri yang diminta tidak berjaya, namun saya bersyukur ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Temalir, Kuala Krai. Perjalanan ke sana memakan masa yang agak lama. Kami dikehendaki melaporkan diri di JPN Kelantan. Saya dan keluarga menumpang di rumah mak cik ataupun lebih mesra dipanggil MG. Alhamdulillah.. segalanya berjalan lancar.
Setelah makan tengahari, kami sekeluarga bertolak pada jam 2 petang menuju ke Kuala Krai. Sampai di simpang Kuala Krai menuju ke sekolah, saya menelefon Encik Wan Mohd Arif, Guru Besar sekolah. Beliau meminta saya menunggu di tepi jalan dan kami mengekori kereta wira beliau. Tidak lama kemudian, beliau berhenti di sebuah gerai dan mengajak kami minum-minum dahulu di gerai tersebut. Saya terkejut, dalam hati mengucapkan syukur dan gembira sangat atas kebaikan dan keramahan GB baru saya itu. Kami berbual bermacam-macam perkara dan GB banyak memberi nasihat dan tunju ajar kepada saya..
Sampai sahaja di SKT jam lebih kurang 5 petang, GB terus membawa saya ke asrama sekolah. Beliau mengajak kami sekeluarga berehat-rehat sebentar usai magrib. Kalau ingin tidur disni lagi bagus katanya. Tapi ma (ibu) saya keberatan kerana risau abah seorang di rumah. Jadi kami membuat keputusan untuk berehat sebentar sahaja di bilik rawatan yang disediakan. Selepas 20 minit kemudian, GB datang dengan membawa bku rekod untuk saya tandatangani sebagai Guru Baharu di SKT. Kami berbincang di bilik mesyuarat asrama. Alhamdulillah, saya nanti akan tinggal di asrama bersama guru baru, Farhana. Saya sangat bersyukur kerana dipermudahkan urusan pada hari itu.. Syukur sangat-sangat :)
Kami sampai di rumah lebih kurang jam 11 malam. Alhamdulillah, saya dibenarkan cuti 2 bulan oleh doktor dan disahkan oleh GB sendiri... Alhamdulillah... ^^
Posted by
NuRDiEyA
Friday, December 23, 2011
comments (0)
Waahhh... semakin best rasanya menulis disini.. agaknye sebab dah boring dengan fb kot (wat masa nila,kn).. =P Ermm.. what should i write ha?
Hidup ini bagaikan roda... sekejap kita rasa kta dibawah n sekelip mata je dengan izin Allah, Dia menghadiahkan kita dengan sesuatu yang tidak disangka..Wat an amazed, rite? Alangkah indahnya hidup ini bagi manusia yang sentiasa bersyukur dengan nikmatNya... "Maka nikmat tuhanmu yang manakah yang engkau lupakan?" (Surah Ar-Rahman).
Maka dengan itu, saya sangat2 bersyukur kerana masih diberi peluang untuk terus bernyawa di bumi Allah ini... Andai tragedi hitam itu, Allah mengambil nyawa saya, alangkah ruginya saya kerna tidak sempat untuk memohon ampun pada kedua ibubapa saya... Allahu rabbi... ;(
Masih terbayang-bayang di ruang ingatan saya mengenai tragedi tersebut.. Pada hari kejadian 24 November 2011 kereta abah yang dipandu rakan telah terbabas dan melanggar car board jalan.. Kereta abah saya remuk teruk dan saya telah mengalami patah di bahagian tumit kaki. Rakan saya pula hanya mengalami luka ringan. Saat itu, hanya Allah sahaja yang tahu bertapa takut dan cemasnya saya menghadapi detik itu.
Disaat itu, yang terbayang dalam kepala saya ialah wajah ma dan abah.. Rasa bersalah bertubi-tubi menghentam diri. Allah! apa yang telah saya lakukan? Walaupun saya bukan pemandunya, tapi menjaga kereta abah itu adalah amanah! Saya mengutuk diri.. Menyalahkan diri kerna cuai. Jika saya yang memandu kereta abah, mungkin kejadian ini tidak berlaku...
MasyaAllah! Allah itu sebenarnya igin menguji saya. Mungkin sebagai kaffarah dosa yang telah saya lakukan selama ini. Saya menginsafi diri. Islah diri mengenangkan dosa lalu. Allah masih sayangkan saya dan kerna itu Dia belum mengmbil nyawa saya. Syukur Ya Allah!
Dan kerana kejadian itu juga, saya belajar banyak perkara mengenai pengorbanan, kesetiaan dan segalanya... Alhamdulillah...
~Buat Abah, maafkan anakanda mu ini.. InsyaAllah jika diberi peluang, anakanda akan menggantikan apa yang telah hilang dulu.. Kereta persona abah masih dibengkel. Abah cakap nak wat total lost je tapi entahla.. Abah rasa xsedap dah untuk pakai kereta yang accident teruk macam tu.. All that bcoz of my fault! ;(
Subhanallah... Alhamdulillah... setelah sekian lama.. setahun setengah kot and (dah nak masuk tahun 2012pun) saya baru nk update blog yang dah bersarang n sangat2 berhabuk nie...
Apapun, syukur ke hadrat ilahi kerna masih memberi peluang untuk saya mencurahkan sedikit sebanyak tentang kehidupan yang telah dilaui dan bakal dilalui...
Rasanya,dalam tempoh setahun lebih ini, terlalu banyak perkara yang telah dilalui samada bahagia mahupun sedih... Semua itu adalah sebahagian dari lumrah kehidupan bagi setiap makhluk ciptaanNya. Apapun saya bersyukur kerna pengalaman yang lalu telah menguatkan diri ini untuk berada di tahap sekarang. Syukur Ya Allah...
InsyaAllah lepas ini saya akan merajinkan diri untuk mengupdate blog yang kusam ini agar tampak bercahaya cket.. hahaa.. cahayala sangat kan.. dah start dah nk melalut nie..
Yela, coz from this time being, kerja saya ialah makan, tido, berintenet, tolong ma ckit (sangat limited.. ;(, nak tau nape? t i cite) n tengok tv.. tu jela.. yang solat n ngaji tu part len... ^^
P/s: saya rasa lebih selesa membahasakan "saya" wat masa sekarang tapi kalo rase nak tukar tu suka ati sayalah ye...
Dalam bulan ni je, dah 2 kali aku hampir eksiden di jalanraya... Nak kata aku pandu laju, takdela laju sangat kot... Bese-bese je... tapi mungkin sebab aku hilang tumpuan ketika memandu sebagai puncanya... Alhamdulillah... Allah masih menyayangi aku lagi... Kalau tak, takdela boleh aku post kat blog ni.. huhuuu...
Kejadian pertama berlaku waktu kami dalam perjalanan ke Kota Bharu untuk menghadiri majlis pernikahan sepupuku, Jijie... Masa tu aku pandu dengan penuh hati-hati coz nilah kali pertama aku drive jauh... Abah lak duk kat seat sebelah... Kami konvoi dengan 2 buah lagi kereta abang dan kakakku (dah anak beranak ramai... xmuatle satu kete.. huhuu..). Dalam tengah syok memandu dengan fikiran yang menerawang entah kemana, ade sebuah lori besar (macam trailer kot panjang die) duk kat depan kami... Lembab giler lori nih... Aku dah kebohsanan...
Sebelum tu ade gakla aku potong dua tiga buah kete yang lampi... hahaa... pastu, bile tengok line clear akupun motongle itu lori... Tibe-tibe aku kena hon dek lori tu... MasyaAllah! rupanya aku gi motong kat selekoh tajam.... Giler ah... lepas aku selamat je potong kete tu, terus bertalu-talu kereta dari arah yang bertentangan lalu... Ya Allah.. Tuhan je yang tau betapa kecutnye hati aku.... Abah kat sebelah terus bising dan dapatlah ceramah free time tu... Aku wat muka tak bersalah je.... Dalam hati, mengutuk diri sendiri coz terlalu cuai... Tak sedar yang aku bawak nyawa orang.. Orang yang aku sayang lak tu... huhuuu....
Kata abah, bersyukurlah kerana Allah telah melindungi kita dari bencana... Alhamdulillah, ku panjatkan kesyukuran padaNya kerana masih diberi kesempatan untuk bernafas... Syukur sangat-sangat... ;)
-pic ni sekadar selingan je... =P-
Ku sangkakan itulah yang terakhir aku hampir kemalangan.. Rupenye tak jugak.. adehh... Kali kedua berlaku sewaktu aku dalam perjalanan pulang mengambil adikku dari Dungun. Yang ni takdelah dahsyat sangat... hehee... Time aku nak melintas jalan untuk masuk lorong rumah, aku da tengok jarak kereta dari arah sana macam clear je.. (macamla kan..) dan akupun melintasla lepas parking kete kat kedai topup. Tiba-tibe terdengar dua tiga buah kenderaan hon kat aku... Rupanya dekat sangat dah aku melintas tu... Fuh! seb baik tak kena langgar lagi.. Adik aku kat sebelah menjerit... Aku wat muka toye je... Ni sebab aku mengelamun lagi...
Lepas je dua tiga hari kejadian berlaku, waktu aku tengah jemur kain. Ma aku yang baru balik dari surau tanya ada orang nampak aku ngah lintas jalan dengan cara yang merbahaya sekali.. Jiran akula tuh... dah aku pakai kete abah.. Mestila diorang kenal... Aku baru je nak senyap-senyap. Adehh.. kena ceramah lagi sekali... Aku wat muka kerang busuk jela.. Diam tanpa defend ape-ape.. Biasanya aku suke defend, tapi kali ni dah memang terang lagi tersuluh aku yang salah.. Jadi diam jela... huhuuu.... Menyesal tak sudah aku.....
Yup. memang aku menyesal... aku tak tahu kenapa, sejak dua menjak ni fikiranku selalu berserabut... Emosi tak fasal-fasal... Padahal orang lainpun ada masalah jugak.... Tapi takdela macam aku nih.. sampai ma aku dah risau n belikan aku macam-macam ubat coz aku tak selera nak makan... Yelah, takut anak die ni tinggal tulang kot... hihhii.... tapi aku ok je... makan sekadarnya dahla.. bukan tak makan langsung,kan... Pada abah dan ma, anakanda minta ampun sangat-sangat kerana membuatkan ma dan abah risau... huhuu...
Ermm... aku harap aku boleh terus kuat untuk meneruskan kehidupan ni... Moga segala kekusutan, segala masalah dan apa saja yang berlaku dapat aku tempuhi dengan cekal dan tabah... Ku mohon moga Allah kuatkan hati ni... InsyaAllah, lepas ni aku akan lebih hati-hati....tak kirala bawak kete ke, moto ke, beskal ke... Doakan aku ek... ;)
Hidup ini penuh dengan warna- warni... Tak semua yang kita inginkan akan kita perolehi. Tetapi sebagai Muslim yang beriman kita seharusnya berusaha sedaya upaya agar segala impian yang kita impikan itu berjaya... Andai kita belum lagi memiliknya, itu tandanya Dia mahu menguji sejauh mana keimanan kita dan sejauh mana kita percaya pada qadar dan qada'nya....
Apa yang penting, jangan kita berputus harap denganNya yang telah banyak memberikan kita nikmat melebihi apa yang kita pinta... Mungkin kita tidak sedar dengan kurniaanNya itu, tetapi bila kita kehilangannya barulah kita terasa akan betapa nikmatnya anugerah yang telah kita perolehi....
Nasihat kepada diri sendiri yang kadangkala lalai dan leka dengan kenikmatan duniawi... Moga diri ini dijauhkan dari penyakit waham iaitu cintakan dunia dan takut mati....
"Ya Allah, kurniakanlah aku kesabaran dalam menharungi sisa-sisa hidup ini.... Janganlah Kau lekakan aku sesudah Kau berikan nikmat padaku....
Result final sudah keluar semalam. Alhamdulillah, aku kini dah bergelar graduan. Ku bersyukur walaupun ada yang aku target tak mengenai sasaran. Takpelah, semua tu ada hikmahnya…. Selepas ini, aku perlu focus pada pencarian kerja agar nanti ianya sedikit sebanyak dapat membantu ma dan abahku… Walaupun ku tahu, aku takkan mampu dapat membalas jasa mereka seumur hidupku….
Dua tiga hari lepas, aku menggantikan Kak Longku mengajar di Pusat Asuhan Tunas-Tunas Islam (PASTI). Mencabar juga mengajar budak-budak kecil ni. Dah lama aku tak mengajar dan bila diberi peluang begini, takkan ku lepaskan.. Macam-macam kerenah yang aku jumpa… Aku ditempatkan di kelas lima tahun. Ada yang mendengar kata dan tak kurang pula yang nakal. Tu belum kira nak ke tandas. Lepas sorang, sorang… Jenuh aku melayan mereka… Asyik kena menjerit je sampai dah naik serak suara ni.
Tapi aku seronok melayan kerenah mereka… Bila mereka bergaduh berebutkan sesuatu, akulah yang meleraikan mereka. Rotan buluh kena selalu di tangan. Kalau tak, memang mereka takkan dengar… Tambahan lagi waladun (pelajar lelaki) yang susah mendengar kata. Bintun (pelajar perempuan) takdelah seagresif pelajar lelaki… Haish…. Macam-macam mereka ni… Mengajar kena tegas dan adakalanya perlu berlembut dengan mereka.. Keran itulah ilmu psikologi penting dan perlu dipelajari.
Bila tiba waktu makan, mereka semua membaca doa dan makan beramai-ramai di dalam dulang. Suatu yang istimewa di PASTI berbanding di tempat lain. Sangat terhibur melihat keletah mereka…
Ada seorang pelajar lelaki ni, Haikal tertidur di dalam kelas. Comelnya dia… dan aku biarkan saja dia tidur sampai kelas habis. Lagi setengah jam je lagi.. Tak sampai hati nak kejut. Letih sangat agaknya…
Lepas kelas, ku sambung pengajian Iqra’ bagi pelajar yang mengikuti pengajina tambahan… Tba-tiba…. Trittt.. Trittt…. Aku dapat panggilan dari Encik Ariffin mengenai kerja… Nanti ku sambung cerita ni ya…. Tunggu…. =P
p/s: artikel ni sepatutnya dipost pd 21hb 4 tetapi disebabkan tenet yg lampi, maka baru skrg aku baru ingat nk upload... hehee
Alhamdulillah.... Syukur akhirnya aku sudah menyempurnakan pengajian di UIAM.... Tapi secara tak formallah... Secara formalnya tunggu majlis konvo nantila... huhuuu...=P
Sesungguhnya terlalu banyak kenangan pahit dan manis sepanjang pengajianku selama 6 tahun ni... Ada suka, ada duka dan pastinya semua itu mematangkan aku untuk lebih berdikari di masa akan datang... Walaupun sudah habis belajar, proses pembelajaranku takkan pernah habis sampai ku menutup mata... Sampai bila-bila ku harus belajar utk menjadi manusia yg berguna...
Fuhh!! lepas ni, tangungjwabku makin berat... Aku perlu fikir tentang kerja, urusan keluarga, hal jemaah dan lain-lain lagi yang menjadi tanggungjawabku... Tu belum berumahtangga lagi... kalau tak, makin beratla bebanan yang harus dipikul... Namapun khalifah dan seharusnya, tanggungjawab yang diamanahkan itu perlulah dilaksanakan dengan baik..
Takut juga nak menghadapi masa hadapan... Kalau dulu, semuanya main tangkap muat je tapi sekarang tak bolehlah begitu kerana hari ini merupakan petunjuk pada hari esok... huhuu...
Apapun, aku harus melakukan dan merancang yang terbaik demi masa depanku dan keluarga tercinta... Rezeki itu datangnya dari Dia dan Dialah Yang Maha Pemberi Kurnia.... Semoga aku tidak terus leka dan hanyut dengan keseronokan dunia kerana aku ingin berada dijalan yang Engkau redhai Ya Allah....
Buat ma, abah dan kaum keluargaku, terima kasih kerana meyokong dan memberi semangat serta bantuan kewangan kepadaku... Jua kepada pensyarahku, serta rakan-rakan seperjuangan, insan yang bertahta di hati serta rumetku, thanks 4 everything!!! Jasa kalian hanya Allah yang bisa membalasnya... Barakallahu fikum....
Posted by
NuRDiEyA
Thursday, March 25, 2010
comments (0)
Arrgghhh... Final exam tiba lagi... Bersediakah aku? Ermmm... kalo sekarang ni memang aku tak bersedia lagi.. Tuhan.. Berilah aku kekuatan... Lagi seminngu lagi nak melangkah ke alam final... Dak2 lain dah start dah.. paper aku je yg lambat.. berderet lak tuh.. adehh... Sabo jela...
Maybe sebab jadual aku yg best tu menyebabkan aku bermalas malasan... Astagfirullah.... Banyaknya masa aku habiskan dengan perkara yang tak berfaedah... Salah satunye facebook... Adeh... menatang tu menyebabkan aku jadi bertambah malas....
Tuhan.. tolongi aku... Aku xmau terus begini....
Start esok aku mesti teruskan perjuangan aku... Carry Mark aku Alhamdulillah.. Yang penting sekarang aku kena focus on final pulak.... aku tulis ni coz nak motivate diri sendiri... Sabarlah hati.. Biar apapun dugaan yang mendatang, kau mesti tabah menghadapinya.... Lupakan dulu those 'annoying things'...
Cepat betul masa berlalu dan kini aku sudah melangkah ke final sem.... Tua dah aku ni ek.... Moga-moga hari yang mendatang menjanjikan kebahagiaan... Ya, hidup yang penuh cabaran tulah yang best.. Kalau tak mencabar, bukanlah namanya Khalifah di muka bumi nih.. huhuuu...
Moga kita semua berjaya dengan cemerlang dan beroleh redhaNya.. kepada yang mengenaliku... maafkan segala kesalahanku samada sengaja atau tidak.... Bittaufiq wannajah... Chaiyok2x!!!
Posted by
NuRDiEyA
Wednesday, March 24, 2010
comments (2)
Perkenalan dengannya melalui kakak angkatku membuahkan bibit-bibit kemesraan antara aku dan dia. Ingin ku ceritakan kisah cintanya yang bagiku amat hebat sekali. Dia yang aku maksudkan ni adalah seorang wanita berhati waja… simple sahaja orangnya. Butir bicaranya lembut dan elok sekali. Masih muda dan belum mencecah 30 tahun… Biarpun aku baru mengenalinya, aku dapat merasakan yang kami serasi bersama…..
Kisah cinta kakak ini sangat menyentuh hati. Baharu sahaja mengayam cinta di alam rumah tangga selama 4 bulan, suami yang dikasihi pergi di jemput Ilahi… Pedih dan sakitnya hanya Allah yang tahu… Sebagai seorang wanita, aku memahami perasaannya bila kehilangan insan yang sangat kita cintai…
Berdasarkan ceritanya dan kakak angkatku, arwah merupakan seorang lelaki yang sangat baik… Setiap masa dipergunakan sebaiknya bersama isteri tercinta. Kata-katanya penuh dengan nasihat, kelakar , romantic dan sangat menyayangi isterinya.. Segala kelengkapan rumah awal-awal disediakan olehnya agar nanti si isteri tidak bersusah payah. Dia hanya mahu meringankan kerja isteri dan bukan sebaliknya. Mereka mengemas rumah bersama-sama dan segalanya sangat indah… Aku seakan-akan dapat membayangka kemesran mereka.. Namun, Allah lebih menyayangi arwah dan orang yang baik selalunya akan cepat ‘diambil balik’…
Begitulah lumrah seorang wanita, sukar untuk mencari pengganti biarpun ada kumbang yang merayu… Bagi kakak itu, cintanya dan suaminya tetap kekal mewangi sampai bila-bila. Biarpun jasad suaminya tiada, namun roh suaminya tetap dimana-mana.. Setiap langkah dan jejak di dalam rumahnya mengamit kembali kenangan bersama suami tercinta. Semua itu tidak mungkin sewenanya dapat dilupuskan dari memori.
Aku kagum dengan cinta kakak itu.. Dia ingin berjumpa dengan suaminya di akhirat nanti. Baginya, cinta itulah yang sejati.. Teringat kisah cinta isteri arwah Ustaz Asri dan artikel dari Ustaz Zahazan.Ketabahan kakak itu dalam meneruskan hidup tanpa peneman disisi membuatkan aku menangis didalam hati. Mungkinkah aku miliki secekal ketabahan dari kakak itu? Mampukah aku untuk mejadi sepertinya? Mungkin iya… Wallahu’alam..
Kakak itu sentiasa mengingatkan aku tentang cinta. Cinta yang harus dikejar iaitu Cinta Ilahi… Dalam proses memperbaiki diri menjadi muslimah solehah, itulah harapanya… Doanya agar ingin segera menemui cinta bersama suaminya.
Bagi aku, tidak salah untuk kakak itu meneruskan angan – angannya kerana dia pastinya akan mendapat ganjaran di atas keredhaannya melepaskan suami pergi. Dia tiada pilihan kerana mahu tidak mahu, dia harus merelakannya. Siapalah kita untuk menahan qada’ dan qadarNya… Situasi ini berbeza dengan penceraian yag mana pasangan masih diberi pilihan unuk meneruskan hubungan atau tidak…. Pastinya setiap yang berlaku ada hikmah yang tersembunyi….
Biarpun tidak sempat mengenali arwah suaminya, ku tahu bahawa beliau seorang yang sangat menjaga dari semua aspek. Cintanya pada sang isteri adalah yang abadi.. dan kerana itulah si isteri tidak sanggup untuk memberikan cintanya pada jejaka lain. Setianya si isteri moga-moga dibalas dengan kebahagiaan yang tiada berpenghujung….
Doaku semoga kakak ini diberikan kekuatan dalam menempuhi ranjau mendatang… Jua kepada kakak angkatku yang tersayang… Moga kebahagiaan menjadi milikmu…. Berdoa dan teruskan minta petunjuk dariNya.. Aku sayang kamu dan ingin melihat kamu bahagia….
Moga aku juga nanti menemui cinta yang tulus suci dari insan bernama suami….. Aminnn..
Posted by
NuRDiEyA
Saturday, February 13, 2010
comments (0)
Alhamdulillah… sekian lama menyepi… akhirnya saya muncul kembali menitipkan sedikit pengisian di blog “Hanya Insan Biasa” ni… Rasanya dah terlalu lama blog ni sepi tanpa pengunjung… hehe… bukannya tidak rindu untuk menulis, cuma tidak dipost saja. Ntah kenapa, rasa kurang yakin untuk mengepost.. huhu… Rindu sangat dengan blog ni sebenarnya.
Hmmm… pejam celik pejam celik, saya telah berada di semester akhir pengajian… Pantasnya masa berlalu…. Lepas ni dah nak grad dan bermulalah kehidupan yang lebih mencabar selepas itu….
Aiyokkk… mampukah diri ini menghadapinya… Sekarang ni boleh lagila nak main-main, bermalas-malasan dan mengadap laptop je(haha… pecah rahsiaku… huhu). Kehidupan akan datang? Pastinya lebih sukar dan banyak ranjau durinya… Apa yang paling penting adalah tugas sebagai khalifah di muka bumi ni… MasyaAllah… Banyak lagi yang harus diusahakan… Ramai lagi yang memerlukan bantuan kita….
~InsyaAllah lepas ni nak merajinkan diri untuk aktif kembali walaupun agak sibuk... heee~
Posted by
NuRDiEyA
Friday, September 11, 2009
comments (0)
Bismillah...
Sudah 22 hari kita menjalani ibadah puasa. Ramadhan yang dinanti sudah hampir ke penghujung... Di saat inilah para mukmin berlumba-lumba untuk mendapatkan Lailatul Qadr... Malam yg penuh maghfirah dan keberkatan...
Ramadhan ini adalah yg terakhir bagiku sebelum menamatkan pengajian di taman ilmu dan budi ni...
Ya Allah... aku pasti rindukan Ramadhan disini....Rindukan suasana di sini... Mungkinkah masih ada sinar Ramadhan untukku di tahun hadapan? Aku tidak ketahui... Aku pasti rindukan semua ni...
-iftar beramai2 di level 1 IIUM mosque..-
-menghabiskan masa dengan bacaan Quran.. ^_^
-Alhamdulillah.. saf selalu penuh time tarawih. moga lepas nipn penuh sokmo...
- Part paling best pas teraweh, maen2 dengan budak2.. hoho..-
-Abdul Rahman, anak pak imam-
-Baby Kak ayu, Rims yang comel.. ngap2-
p/s- Selamat pulang ke kampung halaman kpd semua yg berada di perantaun... Bagi sesiapa yang xhabis exam 2, sedar-sedarla.... (nasihat pada diri sendiri...huhu)
Ampun dan maaf dipinta diatas segala kekhilafan secara sengaja ataupun tidak..
EID MUBARAK! ^_^
Posted by
NuRDiEyA
Saturday, August 29, 2009
comments (2)
Artikel ini ditujukan khas buat semua insan yang bergelar wanita… Menjadi fitrah seorang wanita sekali dalam sebulan mereka akan mengalami haid ataupun menstrual period apabila tiba masanya. Kadangkala, kita sebagai wanita merasakan sedih kerana tidak dapat menjalani ibadah puasa sepenuhnya seperti para lelaki di luar sana….
Rasa tidak bersemangat, kecewa dan juga malu pada diri…. Mungkin…
Janganlah bersedih wahai wanita….
Sesungguhnya pahala kita adalah sama andainya kita redha dan ikhlas dengan segala nikmat yang dikurniakan Allah kepada kita…. Bukankah itu semua adalah lambang kasihnya Allah pada kita? Istimewanya kita sebagai wanita ciptaanNya… Alhamdulillah… Ketahuilah bahawa kita mampu mendapatkan pahala walaupun kita tidak dapat melaksanakan solat fardhu 5 kali sehari, membaca quran serta melaksanakan solat- solat sunat yang lain…
Dengan memperbanyakkan zikir, bacaan mathurat, memberi sedekah, infaq, menghadiri kuliah agama atau apa saja ibadah yang lainnya juga akan melayakkan kita untuk merebut pahala dariNya… Yakinlah wahai mujahidah sekalian bahawa amalan kita juga akan bertambah walaupun berada dalam kondisi ini..
Janganlah ada didalam fikiran kita merasakan bahwa apabila kita didatangi haid, maka Allah akan jauh dari kita….. Tidak sama sekali… Sebenarnya, kitalah yang menjauhiNya… Apa yang penting, kita mestilah rajin serta menjauhi sifat malas yang membelenggu diri di waktu itu… Ayuh tingkatkan amalan kita biarpun apa saja kondisi kita.. Sekadar peringatan kepada diri yang kadangkala lalai dan juga malas… moge- moge cepat berubah.. Aminnn… huhu… *_*
-usrah bersama sahabat2 n malamnya ada Fiqh Siyam dari Ustazah Anisah (UM)... malam itu semua persoalan mengenai puasa dapat dirungkaikan.. Alhamdulillah.... =)
Sya'ban sudah melabuhkan tirainya... Esok, semua ummat Islam akan menyambut 1 Ramadhan yang penuh keberkatan.... Ya Allah, Limpahkanlah kurniaanMu di Bulan yang mulia ini... moga kita semua dapat menjalani ibadah dengan sebaik mungkin.... Let's improve our deeds! Mohon diampunkan andainya terdapat sebarang kekhilafan secara sengaja mahupun tidak... Ramadhan Kareem... =)
Alhamdulillah… syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izinNya aku masih lagi bernyawa di bumi ciptaanNya ni. Berbalik kepada aktiviti aku semasa cuti itu hari adelah jugak perkara yang berfaedah aku lakukan…Antaranya…
1)Pergi ke kebun abah kutip durian… uishh.. bukan main seronok time musim duyan nih… Alhamdulillah, banyakla jugak hasilnya. Betul cakap aboh, tak rugi sebenarnya kalau kita selalu bersedekah. Malah Allah akan sentiasa menambah rezeki kita. Moga ada berkatnya Amin….